Penyakit strok atau pun gout merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Bukan sahaja golongan tua, malah golongan muda juga ada yang terkena strok ini. Strok ini adalah berpunca daripada masalah saluran darah yang tersumbat atau pun pecah.
Selain menggunakan rawatan moden di hospital, ramai juga yang mencuba rawatan tradisional. Selain daripada berjalan dalam air embun, strok juga dapat diubati dengan meminum air rebusan dari tumbuhan ini. Tumbuhan yang dikenali dengan nama pokok susu nabi atau pokok susu kambing ini dikongsikan oleh Wahab A Zawawi dan Sandi Penahensem di laman facebook.
Selain mengubati strok, pokok susu nabi ini juga boleh mengubati penyakit gout. Ramai yang sudah mencubanya dan menceritakan kebaikan pokok ini. Namun begitu jangan lupa dapatkan nasihat doktor juga ya.
Pokok Susu Nabi @ Susu Kambing @ Pokok Gelang @ Keremek Susu @ Ara Tanah@Gelan Susu@ Asthma-Plant@Hairy Spurge@Asthma Weed@Snake Weed@Tawa-Tawa (Filipina)
Cari pokok ini, cabut sepokok. Basuh cuci dengan akar, batang, daun dan buah. Rebus dengan tiga gelas air sampai tinggal satu gelas.
Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari. InshaAllah, stroke (lumpuh) akan pulih. Ikhtiar kita, Allah juga yang menyembuhkan.
MEMANG AJAIB! Inilah ubat STROKE paling berkesan. Kongsikan jangan sampai terhenti di tangan anda mungkin teman yang lain sangat memerlukannya.
Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah juga mencuba.
Saya kerja masak. Kadang kadang termakan benda-benda yang pantang untuk orang yang sakit gout. Kesan bengkak dan sakit sendi boleh tasa dalam 2-3 jam lepas makan.
Nak-nak lagi seafood dan kacang tanah. Lama pula tu nak boleh hilang sakit, sampai berbulan. Ubat dari hospital atau seller dah try. Lambat sangat-sangat sembuhnya. Nasib baik ada kawan bagi petua.
Amalkan minum air rebusan pokok ini. Syukur sangat, memang ketara kesan baiknya. Cepat pula tu. Pokok ini isteri masak buat untuk saya minum (kutip tepi jalan atau kawan tadi bagi).
Mula-mula payah nak boleh telan, sebab ada rasa kelat dan payau sikit. Lama-lama dan terbiasa, anggap macam minum chinese tea.
Saya amalkan walaupun dan tak sakit. Sangat bermanfaat, pernah putus minum sebab saya sibuk dengan kerja, tak sempat kutip pokok ni.
Tersalah makan satay dengan kuah kacang, tak habis secucuk pun. Merasa la jari berdentut. Nak pegang stereng kereta pun seksa. Moga-moga bermanfaat untuk kawan-kawan yang lain juga.
Semoga perkongsian di atas ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang anda, saudara anda atau kenalan anda tanggung. Namun begitu, jangan lupa dapatkan nasihat doktor ya. Bimbang jika berlaku kejadian yang tidak diingini sebab lain orang, lain penerimaannya. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda juga!
Sumber: Wahab A Zawawi & Sandi Penahensem