Gulai Ikan Kembung versi Utara ini merupakan resepi terbaru Mohd Rozmie. Rasanya memang sangat sedap kerana gulainya sedikit pekat. Bagi sesiapa yang meminati makanan yang ada rasa sedikit masam, bolehlah cuba gulai ini. Lebihannya kalau dipanaskan keesokkan harinya memang sedap dicicah dengan roti.
Jadi bagi anda yang belum pernah cuba lagi Gulai Ikan Kembung versi Utara ini mungkin boleh follow resepi yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Cara Buat Gulai Ikan Kembung Versi Utara Yang Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- Bawang merah, bawang putih dan halia | tumbuk kasar
- Halba campur
- Daun kari
- Serbuk kari dan seruk cili | bancuh jadikan pes
- Tomato potong 6
- Cili besar dipotong 2
- Pes air asam jawa
Cara Penyediaan:
- Panaskan 1 senduk minyak masak.
- Bila minyak sudah panas masukkan bahan yang ditumbuk kasar tadi.
- Masukkan halba campur.
- Kemudian masukkan daun kari, tumis semua bahan sehingga naik bau.
- Masukkan pes bancuhan rempah kari, tumis sehingga pecah minyak. Api jangan terlalu kuat.
- Bila rempah dah pecah minyak, masukkan air asam jawa.
- Tumis lagi sehingga kari betul-betul masak. Kalau terlalu kering boleh letakkan sedikit air.
- Bila rempah kari dah cukup masak masukkan ikan yang telah dicuci bersih.
- Kalau kering sangat boleh tambah sedikit air. Tutup tudung periuk, Kecilkan api, biarkan ikan merenih dalam 5 minit.
- Masukkan cili yang telah dipotong. Tambah air sekiranya perlu. Abang suka kuah kari yang lebih tapi masih lagi agak sedikit pekat.
- Masukkan santan, sambil kacau pelan-pelan supaya santan tidak berketul.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masa ni kena adjust sekiranya kurang masam boleh tambah sikit lagi air asam. Terpulang mengikut citarasa yang nak.
- Akhir sekali, masukkan bendi dan tomato. Kacau kilas, sekali dua dah boleh ditutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
Senang je kan nak buat Gulai Ikan Kembung versi Utara ni? Jadi tunggu apa lagi jom masak sekarang. Nanti jangan lupa pulak bahagi-bahagi dekat jiran. Kalau masak lebih lah. Dan kalau tak ada jiran, boleh simpan keesokkan hari dan makan dengan roti. Sedap sangat!
Selamat mencuba!
Kredit: Mohd Rozmie Via Makmal Makanan
Baca juga: Wanita Ini Bongkar Resepi Nasi Berlauk ‘Gulai Kuning Ikan Ayo’ Macam Di Kelantan