Pastinya kehadiran semut di dapur atau pun di kediaman kita membuatkan kita berasa kurang senang. Lebih-lebih lagi apabila semut berkenaan menghurung makanan dan minuman yang terhidang atas meja. Apabila sampai atas meja, takkanlah nak guna racun penyembur kan?
Jadi bagi anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan alternatif lain. Anda boleh guna bahan yang ada di dapur sahaja. Bukan sahaja selamat malah ia juga menjimatkan. Antara bahan-bahan tersebut adalah cuka, serbuk kopi, daun sirih, daun pandan dan lada kering.
Bahan ini sudah tersedia di dapur anda? Kalau dah ada jom ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.
Cincang atau carikkan daun pandan dan taburkan di tempat kerumunan semut. Semut pasti tidak akan datang lagi kerana bau daun-daun ini wangi. Semut tidak suka.
Cuka mempunyai bau yang sangat kuat dan berasid. Oleh hal demikian, ia tidak digemari oleh semut. Apa yang perlu dilakukan adalah larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol penyembur.
Kemudian sembur pada bahagian laluan dan jalan semut memasuki rumah. Ulang semburan untuk beberapa kali. Dalam masa beberapa hari anda akan lihat semut-semut berkenaan hilang.
Kalau buat cili kisar, boleh simpan air rendaman lada kering tu. Letak dalam botol penyembur dan sembur pada laluan semut. Nak lagi mudah, selit sahaja cili kering di tempat yang bersemut. Contohnya tempat letak stok barang makanan.
Aroma daripada kulit limau dan oren ini tidak digemari oleh semut. Begitu juga serangga lain. Letak saja hirisan kulit limau ini pada tempat yang ada semut. Ianya bukan sahaja boleh menghalau semut namun baunya yang wangi juga dapat menyegarkan rumah.
Serbuk kopi juga dapat menghalau semut kerana ia mempunyai bau yang kuat. Caranya sangat mudah, ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari.
Mudah sahaja kan nak halau semut? Hanya guna bahan semulajadi sahaja. Keselamatan pun terjamin. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil di rumah. Kalau sembur racun serangga atau racun-racun lain pasti membahayakan mereka. Jadi tak perlu risau dah lepas ni, guna je cara ini.
Baca juga: Jangan Panik Semut Masuk Dalam Bekas Gula, Ikut Tips Ini Untuk Halau Tanpa Membunuh