Pokok Sirih Cina atau Ketumpang Air sering kali dikelirukan dengan pokok liar atau rumput di keliling tanaman. Malah, terdapat segelintir individu yang tidak tahu kewujudan pokok ini. Sangat sayang jika dibuang begitu saja.
Sirih Cina atau nama saintifiknya, Pepemoria pellucida, sangat terkenal dalam rawatan tradisional. Ia boleh tumbuh sehingga 15cm ke 45 cm. Kebiasaannya anda akan menjumpai pokok ini di kawasan rumah, parit dan sawah kerana ia mudah tumbuh pada tanah yang lembap.
Kandungan asid Amino, Lysine, Leucine dan Isoleucine yang tinggi pada pokok Sirih Cina menjadikannya sangat bagus untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Selain dari menggunakan pokok ini dalam masakan harian anda, anda turut boleh mengamalkan beberapa cara ini untuk merawat masalah pelbagai masalah.
Bagi yang mengalami demam, ambil beberapa keping daun Sirih Cina dan ramaskan ke dalam air. Guna air yang diramas bersama-sama daun tadi dan sapukan ke kepala, leher dan badan. Cara ini dikatakan dapat meredakan suhu badan yang panas.
Pokok Sirih Cina ini boleh dijadikan ulam dan dimakan mentah untuk mendapatkan khasiatnya. Bahagian pucuk daun Sirih Cini ini mempunyai rasa yang lebih berlemak dan sedap. Ia dikatakan sangat berkesan bila anda sakit kepala atau migrain. Anda juga boleh merebus daun pokok sirih Cina bersama beberapa gelas air. Minum ketika airnya masih suam.
Bagi luka terbakar dan melecur yang ringan, anda boleh ambil daun pokok sirih secukupnya dan bersihkan dengan air terlebih dahulu. Kemudian, tumbuk dengan lumat dan tampalkan daun tersebut pada luka. Balut dengan tuala pada luka tersebut dan ulang bagi seterusnya jika perlu.
Bagi anda yang mengalami masalah kulit, ambil daun Sirih Cina dan cuci sehingga betul-betul bersih. Tumbuh daun sehingga halus. Letakkan pada muka, bisul atau jerawat. Anda juga boleh jadikan daun ini sebagai masker.
Inilah kebaikan dan khasiat pokok Sirih Cina yang mampu merawat pelbagai masalah kesihatan. Jadi, lain kali bila terjumpa pokok ini, jangan dibuang! Amalkannya untuk jadi lebih sihat. Selain dari makan secara mentah, ianya juga boleh dimasukkan dalam pelbagai masakan.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Ainul Hakim, NuriChinta Watie
Baca Juga: Suka Makan Ulam? Ketahui Khasiatnya! Makan Hari-Hari Pun Mesti Sihat!