Roti Gardenia merupakan roti pilihan utama rakyat Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia amat mengemari roti keluaran berjenama Malaysia ini kerana keenakkannya yang lain dari lain. Lebih lembut dan memuaskan!
Dan apabila Gardenia mengeluarkan sesuatu produk baru, pasti ramai yang teruja untuk merasainya kan. Apatah lagi kalau perisa pandan. Memang ramai yang tergila-gila.
Seperti mana yang dialami oleh seorang penguna di aplikasi TikTok, sysenaa apabila dia tersalah sangka dengan roti yang dibelinya. Roti yang dibeli olehnya itu bukanlah roti berperisa pandan namun ia adalah roti putih yang biasa. Tagging yang terletak pada pembungkus plastik roti putih Gardenia itu adalah sebagai iklan sahaja.
https://www.tiktok.com/@sysenaa_/video/6998898712965598490?referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_video_id=6998898712965598490&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
@sysenaa_Saya tak keseorangan kan? 🤣 ##MalaysiaDiHatiku ##kitajagakita ##smallbusinessmalaysia ##kitasupportkita ##smallbusiness ##tiktokmalaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok turut meluahkan hal yang sama. Sehingga ada yang membawa pulang dengan kuantiti yang lebih dari satu kerana sangat teruja ingin merasainya.
Sumber: TikTok sysenaa