Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Bayi Homemade Yang Mudah, Ikut Resepi Ini Pasti Tak Masuk Tong Sampah!

Resepi Biskut Bayi Homemade Yang Mudah, Ikut Resepi Ini Pasti Tak Masuk Tong Sampah!

Kategori: ,
cara buat biskut bayi

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak kecilnya. Ketika bayi memasuki usia 6 bulan, bayi akan mula tumbuh gigi pertamanya. Antara simptom yang ditunjukkan oleh bayi pada ketika ini adalah air liur meleleh. Malah ada juga bayi yang merasakan kesakitan agak teruk.

Jadi bagi mengurangkan kesengsaraan itu, bayi akan mula mengigit secara perlahan. Memandangkan bayi sudah pandai mengigit, apa kata kita sediakan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada bayi seperti biskut bayi.

Resepi biskut bayi yang mudah, comel dan sedap ini telah dikongsikan oleh Liana Lay. Mungkin para ibu boleh cuba sendiri. Mudah dan sedap, sesuai sangat untuk bayi anda.

Resepi Biskut Bayi Yang Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • 250 g unsalted butter
  • 2 1/2 cawan tepung jagung
  • Tepung gandum
  • 3/4 cawan puree buah naga/mangga
  • Puree kurma (Madu untuk 1 tahun ke atas)
  • 2 sb cream cheese tatura (tak nak letak pun tak apa)

Cara Penyediaan:

  1. Pukul butter, cream cheese dan puree sehingga kembang. Agak-agak je, jangan kembang setaman nanti tak jadi.
  2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung masuk ke dalam bahan tadi.
  3. Uli bagi rata. Kalau dah tak lekat dekat tangan dan doh rasa selesa, okay la tu.
  4. Kalau doh masih lagi rasa lembik tambah 1@2 sudu besar tepung gandum. Jangan lebih tau, nanti keras.
  5. Tekap ikut acuan kesukaan masing-masing.

Cara Bakar:

  1. Guna api atas bawah.
  2. Bakar selama 20 minit.
  3. Guna suhu 170 darjah celcius.
  4. Sebelum bakar tu panaskan dulu oven 10 minit dengan suhu 180 celcius. Nak bakat biskut tu turunkan jadi 170 celcius. Ikut oven masing-masing.

Mudah je kan nak sediakan Biskut Bayi ini. Pastinya biskut ini selamat untuk bayi kerana tiada gula, tiada garam, tiada perasa lain, tiada bahan pemutih, tiada tambahan warna dan sangat sesuai untuk bayi yang berusia 7 bulan ke atas. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat. Baru pertama kali buat pun, pasti menjadi. Tak masuk ke dalam tong sampah punya!

Selamat mencuba!

Kredit: Liana Lay Via Resepi Makanan Bayi

Baca juga: Bila Usia Bayi Dah Cecah 6 Bulan, Anda Boleh Beri Makan Buah Ini. Walaupun Nampak Pelik Tapi Banyak Khasiatnya!

 

 

tags: | |