Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Melegakan Sakit Gigi Akibat Gigi Berlubang, Hanya Guna 2 Bahan Yang Ada Di Dapur Sahaja!

Petua Melegakan Sakit Gigi Akibat Gigi Berlubang, Hanya Guna 2 Bahan Yang Ada Di Dapur Sahaja!

Kategori: ,
petua melegakan sakit gigi

Sakit gigi merupakan antara kesakitan yang agak luar biasa. Apabila gigi sakit, pasti tiada mood kan. Nak makan pun tak boleh, nak tidur pun susah. Sakit yang disertai dengan denyut-denyut tajam dan menikam mungkin disebabkan oleh gigi yang berlubang.

Selain berjumpa doktor dan meredakan kesakitan dengan memakan ubat tahan sakit, mungkin anda boleh amalkan petua yang dikongsikan oleh Nazrul Hamizi Adnan di group Petua Dan Herba ini.

Menurutnya, jika ada dalam kalangan kita yang sedang sakit gigi disebabkan oleh gigi yang berlubang anda boleh kurangkan atau melegakan kesakitan tersebut dengan bahan dapur seperti bawang putih dan garam.

Petua Melegakan Sakit Gigi

Bahan Utama:

  • Bawang putih
  • 1 sk garam

Cara Penyediaan:

  1. Ambil seulas bawang putih dan garam. Tumbuk sehingga halus.
  2. Apabila selesai, ambil bahagian kecil ramuan tersebut dan tampal ke gigi yang berlubang.
  3. Biarkan selama 1 jam.

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk ke Klinik atau bimbang kesakitan semakin menjadi-jadi sewaktu menunggu doktor. Mungkin anda boleh gunakan petua ini terlebih dahulu. Mudah sahaja kan? Bahan yang digunakan pula, bahan yang sudah sedia ada di dapur.

Jadi tiada masalah lagi kan? Mungkin anda juga boleh simpan petua ini dan kongsikan juga kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat anda.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nazrul Hamizi Adnan

Baca juga: Lagi Petua Sental Periuk Guna 2 Bahan Sahaja, Usia Periuk 22 Tahun Dah Tapi Masih Berkilat Macam Baru!

tags: |