Dalam setiap urusan jual beli tidak kira sama ada perniagaan yang kecil atau pun besar. Pastinya ada sahaja kejadian pelik yang berlaku. Kejadian pelik yang berlaku kebanyakannya adalah dari pelanggan. Memang banyak sangat ragam pelanggan yang pelik-pelik ini sebenarnya.
Terbaharu, viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan situasi seorang pelanggan yang marah-marah terhadap staff Pizza Hut. Hal tersebut adalah kerana, pelanggan berkenaan tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli pizza yang dia mahu.
Menerusi video yang juga viral di Twitter itu, wanita atau pelanggan berkenaan berulang kali bertanya tentang Pizza Hut sehingga menyebabkan pekerja wanita Pizza Hut hilang sabar. Mana tidaknya, sebelum itu sudah dijelaskan bahawa ketuhar rosak akibat dipanah petih.
Anak babi woi kau tak cukup nyawa ke kalau tak dapat pizza hut ha bangang? https://t.co/JDYqL8bO0t
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) August 31, 2021
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa berang dengan sikap pelanggan berkenaan. Malah ada juga warganet yang keliru dengan kejadian tersebut, tidak tahu hendak ketawa atau pun hendak marah.
Melihat kepada situasi berkenaan, memang wajar jika ramai dalam kalangan warganet tidak bersetuju dengan tindakan pelanggan berkenaan. Apa yang Daily Makan ingin sampaikan adalah, tetap bersabar dan cuba fahami keadaan sesuatu pihak. Jangan marah-marah secara melulu ya!
Sumber: Twitter Cringe Malaysian