Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Digunakan Untuk Memasak, Ini Perbezaannya Yang Anda Wajib Tahu!

Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Digunakan Untuk Memasak, Ini Perbezaannya Yang Anda Wajib Tahu!

Kategori: ,
perbezaan minyak zaitun

Minyak Zaitun merupakan minyak yang terhasil daripada perahan buah Zaitun. Buah ini terdapat banyak di kawasan Mediterranean seperti negara Sepanyol, Tunisia, Morocco, Itali dan juga Turki. Pastinya ramai yang sudah mengetahui bahawa minyak ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.

Oleh kerana ianya mempunyai khasiat yang tinggi, ia sering digunakan dalam perubatan, sabun, kosmetik dan juga masakan. Namun begitu, bukan semua minyak dari buah zaitun ini boleh digunakan dalam masakan. Terdapat pelbagai jenis minyak sebenarnya.

Setiap jenisnya itu mempunyai kesesuaian atau perbezaan masing-masing. Tidak boleh main guna begitu sahaja sebenarnya. Memang ramai sangat yang tak perasan perkara sebegini malah ramai juga yang membuat kesilapan dalam penggunaan minyak ini.

Perbezaan Minyak Zaitun Yang Anda perlu Tahu!

1) Extra Virgin Olive Oil

Extra Virgin Olive Oil ini merupakan hasil pertama dari buah zaitun. Ia memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan jenis Minyak Zaitun yang lain. Minyak Zaitun jenis ini tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.

2) Original Virgin Olive Oil

Manakala Minyak Zaitun jenis ini pula diperolehi daripada proses memerah buah zaitun. Sebab itulah harganya lebih murah dari Extra Virgin. Jenis ini sesuai digunakan untuk menumis.

3) Light/Extra Light Olive Oil

Jenis Light/Extra Light ini pula sesuai digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ianya melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan dengan minyak goreng biasa.

Jadi sekarang anda sudah tahu kan perbezaan dan kegunaan setiap Minyak Zaitun yang ada di pasaran? Lepas ini jangan salah memilih lagi ya. Perhatikan baik-baik setiap label Minyak Zaitun dan apa kegunaanya. Jangan lupa kongsikan juga ilmu ini kepada kenalan atau kaum keluarga anda.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Kurus Tanpa Lapar

Baca juga: Nak Cantik? Amalkan Sahaja Petua Minyak Zaitun Setiap Hari. Lebih Selamat & Berkesan Berbanding Produk Di Pasaran!

tags: |