Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » 9 Petua Halau Pelbagai Jenis Semut Dengan Pantas & Berkesan, Menggunakan Bahan Di Dapur Sahaja!

9 Petua Halau Pelbagai Jenis Semut Dengan Pantas & Berkesan, Menggunakan Bahan Di Dapur Sahaja!

Kategori: ,
thumnail pelbagai jenis semut

Semut merupakan sejenis serangga yang rapat dengan kehidupan manusia. Jadi tidak hairanlah kalau pelbagai jenis semut masuk ke dapur anda. Tambah pula, dengan mendapati gula yang disimpan dalam botol atau bekas dimasuki semut.

Sebenarnya, terdapat beberapa petua yang boleh anda amalkan bagi menghalang kemasukan semut, hanya dengan menggunakan bahan yang ada di dapur anda sahaja.

9 PETUA MENGHALAU PELBAGAI JENIS SEMUT

 

pelbagai jenis semut 1

  1. Cuka
    Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.pelbagai jenis semut 2.1
  2. Kayu Manis & Bunga Cengkih
    Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari. Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air dan semburkan ia ke kawasan tersebut.
    Nota kecil: Cinnamon essential oil (minyak kulit kayu manis) juga memiliki sifat melawan parasit yang mampu manghambat pertumbuhan parasit berbahaya tertentu dan merupakan salah satu minyak terbaik untuk menghentikan pertumbuhan parasit miselium.
    pelbagai jenis semut 4.2
  3. Serbuk Kopi
    Ambil sedikit serbuk kopi dan letak di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari.pelbagai jenis semut 5
  4. Soda Penaik
    Gula aising adalah untuk memerangkap semut, manakala soda penaik adalah bahan yang boleh membunuh semut tersebut. Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.
    pelbagai jenis semut 6.1
  5. Daun Sirih
    Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.
    pelbagai jenis semut 7.1
  6. Air Lada & Cili Kering
    Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut. Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.pelbagai jenis semut 8.1
  7. Kulit Telur
    Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.
    pelbagai jenis semut 9.2
  8. Kulit Lemon/Oren
    Semburan sitrus boleh menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda. Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.
    pelbagai jenis semut 10
  9. Daun Pandan
    Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya.

Jangan lupa untuk mencuba 9 petua menghalau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut. Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar supaya semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Siti Hailia

Baca juga: Semut Banyak Dalam Rumah? Boleh Guna 5 Bahan Dapur Ini Untuk Menghalaunya Dengan Mudah

tags: | | | |