Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Dalam Masa ‘Satu’ Hari Sahaja Dah Boleh Hilang, Ini Tips Paling Mudah Untuk Hilangkan Batuk!

Dalam Masa ‘Satu’ Hari Sahaja Dah Boleh Hilang, Ini Tips Paling Mudah Untuk Hilangkan Batuk!

Kategori: ,
tips hilangkan batuk dengan cepat

Batuk kadangkala membuatkan kita dan orang sekeliling kita berasa kurang selesa. Lebih-lebih lagi kalau batuk berbulan-bulan lamanya. Dah cuba makan macam-macam ubat, tapi batuk tak kunjung hilang. Lebih-lebih lagi batuk musim sekarang ini. Pasti ada yang menyangka kita terkena Covid-19 walhal bukan.

Nak cuba cara mudah hilangkan batuk? Kalau guna cara atau tips ini InshaAllah batuk tersebut boleh hilang dalam masa satu hari sahaja. Caranya sangat mudah, hanya menggunakan madu dan bawang putih. Jom kita ikuti perkongsian tps tersebut daripada Ainul Hakim ini.

Tips Mudah Hilangkan Batuk Dalam Satu Hari Sahaja!

Bahan-bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih | dikupas dan dicincang halus
  • 1 cawan madu

Cara Penyediaan:

  1. Bawang putih yang dicincang halus dicampurkan dengan secawan madu.
  2. Kemudian tutup dan simpan selama 3 jam.
  3. Selepas 3 jam, bolehlah dimakan. Cara makan adalah 1 sudu teh setiap 1 jam.

Manfaat bawang putih untuk batuk:

  • Bawang putih ini mepunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteria, antibiotik dan juga antivirus. Jadi ia bagus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
  • Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran pernafasan dan paru-paru.

Dah tahu cara yang mudah nak hilangkan batuk kan? Jadi bagi anda, ahli keluarga anda atau kenalan terdekat anda yang pada ketika ini sedang mengalami batuk. Bolehlah berikan tips ini kepada mereka. Dan jangan lupa juga untuk simpan tips ini, mungkin saat ini anda tidak perlukannya. Namun siapa tahu nanti anda memerlukannya kan?

Semoga bermanfaat!

Kredit: Ainul Hakim Via Petua Tradisional Orang Kampung

Baca juga: Gunakan 4 Bahan Ini Untuk Legakan Batuk Dan Selesema. Wanita Ini Turut Kongsikan Kebaikan Setiap Bahan.

tags: | | |