Lama dah tak mencuba buat kuih lapis untuk dimakan kan. Jadi kali ini kami akan berikan resepi kuih lapis yang sangat sedap menggunakan bahan-bahan yang disediakan dibawah. Berikut merupakan resepi bagi membuat kuih Lapis Awet dan kenyal:
Bahan-bahannya:
- 1 ltr santan kental (tanpa rebus)
- 250 gr gula pasir
- 250 gr tepung tapioka (diayak)
- 250 gr tepung terigu (diayak)
- 2 sdm tepung coklat / coklat bubuk (diayak)
- 2 sct panili
- sejumput garam
- pewarna makanan
Cara membuat kuih lapis:
- Masukkan gula, tepung terigu, tepung tapioka, garam dan panili ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan, gaul sebati dan tidak berketul.
- Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan masukkan tepung coklat. Tapis adunan.
- Tuang 1/3 adunan warna coklat ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit.
- Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan tanpa warna untuk lapisan kedua. Kukus lagi. Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan putih.
- Angkat dan sejukkan sebelum di potong.
Petua dan Tips Tambahan:
- Setiap lapis dikukus selama 5 minit.
- Lapisan yang terakhir kena lama sikit, selama 10 minit.
- Untuk mendapatkan lapisan yang sekata, gunakan sudu sukatan saiz 1/2 sudu makan.
Mudah dan senang sahaja bahan-bahannya.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Tonton video ini untuk mengikuti langkah-langkah pembuatannya:
Kredit resepi : Bunda Cinta