Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Nasi Cepat Basi? Dah Cuba Pelbagai Cara Namun Tetap Juga Basi. Apa Kata Guna ‘Cara’ Ini Pula!

Nasi Cepat Basi? Dah Cuba Pelbagai Cara Namun Tetap Juga Basi. Apa Kata Guna ‘Cara’ Ini Pula!

Kategori: ,
petua elak nasi cepat basi

Nasi merupakan makanan asasi manusia. Lebih-lebih lagi bagi penduduk di Asia Tenggara. Tanpa nasi rasa tidak lengkap rasanya. Kalau tak makan nasi dalam sehari, terus badan rasa lesu. Mungkin disebabkan kita sudah terbiasa makan nasi.

Sebut soal nasi ini, kebiasaannya ada sesetengah orang akan masak banyak terus waktu tengahari tu. Lebih senang dan menjimatkan masa, malam nanti panaskan sahaja. Namun apa yang menjadi masalah adalah nasi cepat sangat basi.

Selalu sangat masak nasi tak tahan sampai ke malam? Macam-macam cara sudah dicuba. Dah basuh bersih, dah tukar jenis beras tetap juga tak tahan lama. Apa kata anda ikuti pula cara yang dibuat oleh Wan Marina Wan Musa ini. Caranya mudah sahaja. Tak perlu mana-mana bahan pun.

Petua Agar Nasi Tak Cepat Basi

Haritu ada tengok orang tanya macamana nak bagi nasi yang baru masak tu tak cepat basi dan tahan lama.

Dulu nasi saya pun selalu jadi macam tu jugak, cepat basi tak boleh simpan semalaman. Dah banyak cara cuba. Ada yang kata tukar beras la, tukar periuk la tapi taj menjadi jugak.

Kali ni saya buat menjadi. Nasi tahan lebih lama berbanding sebelum ni. Cara dia mudah saja, masa cuci beras tu selawatlah tiga kali. Lepas tu masak nasi macam biasa. Lepas nasi dah masak buka tudung periuk nasi sekejap dalam 5-10 minit bagi wap air dia keluar. Wap air tu yang buat nasi cepat basi.

Ternyata petua yang saya buat ni berhasil. Korang cuba lah mana tau serasi 😊

Mudah sahaja kan petua untuk elakkan nasi basi ini? Lepas masak nasi tu hanya buka tudung periuk sahaja. Tak payah guna bahan-bahan atau cara lain yang menyusahkan pun. Tapi lepas buka tu jangan pula lupa tutup ya. Tak pasal-pasal serangga atau cicak masuk pula kan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Wan Marina Wan Musa Via MAHN

Baca juga: Tak Sampai 24 Jam Nasi Dah Basi? Amalkan Petua Ini Dijamin Tahan Lebih Lama

tags: |