Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Cantik Ini Kongsi Resepi Jus Kunyit Turun Temurun Keluarga Untuk Sihat, Cantik & Awet Muda!

Wanita Cantik Ini Kongsi Resepi Jus Kunyit Turun Temurun Keluarga Untuk Sihat, Cantik & Awet Muda!

Kategori: ,
resepi jus kunyit untuk cantik dan sihat

Kunyit ini merupakan tumbuhan yang berasal dari keluarga Halia. Kunyit memang banyak khasiatnya yang tersendiri.  Selain digunakan dalam masakan, kunyit ini juga seringkali digunakan untuk kecantikan seperti dijadikan masker atau krim. Kunyit ini juga sangat bagus sekiranya dibuat jus.

Jus Kunyit mempunyai 1001 kebaikan. Antaranya ialah membuatkan badan kita sihat dan cantik. Kalau luka pun cepat je sembuh. Untuk para ibu yang bersalin juga sangat elok jika amalkan jus kunyit ini.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi Jus Kunyit daripada wanita cantik ini. Ini merupakan resepi turun temurun keluarganya yang sudah lama diamalkan olehnya. Patutlah cantik. Ini rahsianya rupanya.

Resepi Jus Kunyit Untuk Sihat Dan Cantik

Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat Dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit.

Resepi s basuh bersih2 blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus

Dalam pantaenang je budak kecik pun boleh buat.

Kunyit hidupng minum sehari 2 kali

Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. AWAS JANGAN MINUM SELALU JIKA BUKAN DALAM PANTANG.

Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot😂

Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit.

betul kan kalau saya salah

Sbb mak saya dah tua pun period elok je

Mak saya Dalam pantang lagi ganas minum dlm 4 5 kilo kot😅

Mudah sahaja kan nak menyediakan Jus Kunyit yang super berkhasiat ini? Jadi kalau anda nak kelihatan cantik dan sihat, bolehlah amalkan mengikut cara yang dikongsikan oleh wanita ini.

Selamat mencuba!

Kredit: May Vo Dyakonov Via MAHN

Baca juga: Terima Cabaran Makan Serbuk Kunyit, Ramai Nasihat Wanita Ini Jangan Makan Benda Pelik Lagi!

tags: | |