Makanan merupakan satu elemen yang sangat penting bagi makhluk yang hidup. Bukan sahaja manusia yang memerlukan makanan namun tumbuhan dan juga haiwan juga memerlukan makanan. Namun bagi manusia, pemakanan yang sihat adalah sangat penting agar kesihatan sentiasa terjamin.
Namun dengan keadaan sekarang, dunia semakin moden. Pelbagai makanan yang agak kurang menyihatkan wujud. Tambahan pula rata-ratanya menggemari makanan tersebut. Tidak kurang juga yang mencuba pelbagai makanan pelik atau mengikut trend dengan menyahut cabaran pengikut.
Seperti mana yang berlaku di aplikasi TikTok, berkenaan dengan seorang wanita yang sebelum ini pernah juga menyahut pelbagai cabaran seperti memakan garam, serbuk kunyit, serai dan sebagainya.
Malah video terbaharunya, pengikut wanita ini mencabarnya untuk makan sabun serbuk pula. Namun apa yang mengejutkan warganet adalah kerana wanita ini hampir memakan sabun serbuk berkenaan.
Nasib baik dia masih boleh berfikir dengan waras dan mengelak untuk makan sabun berkenaan walaupun sudah hampir menyuapkan ke mulut.
@ninanino.__ Reply to @adriananasuhaly SABUN WOII 😤 #CHALLENGE #challengeaccepted
@ninanino.__Reply to @adriananasuhaly SABUN WOII 😤 ##CHALLENGE ##challengeaccepted♬ original sound – Ninanino.__ ❤️
Menjengah ke ruangan komen. Rata-rata warga TikTok menasihati agak wanita ini jangan lagi menyahut cabaran orang ramai. Malah ada juga yang menasihati orang ramai jangan lagi menyuruh wanita ini memakan makanan yang pelik-pelik.
Walaupun begitu, tetaplah menjaga pemakanan. Kerana makanan ini akan menjadi darah daging kita. Makanlah makanan yang baik-baik, menyihatkan dan juga dari sumber yang halal.
Kredit: TikTok Ninanino