Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jumpa Telur Rebus Di Kerongkong, Abang Forensik Ini Dedah Kisah Menginsafkan Apabila Bedah Mayat Seorang Makcik

Jumpa Telur Rebus Di Kerongkong, Abang Forensik Ini Dedah Kisah Menginsafkan Apabila Bedah Mayat Seorang Makcik

Kategori:
abang forensik jumpa telur rebus

Semestinya kematian itu satu kepastian. Tidak awal atau lambat sesaat pun. Cuma kita sebagai makhluk yang bernyawa perlu bersiap sedia untuk menghadap kematian ini. Bila-bila masa sahaja kita boleh kembali ke negeri abadi kita.

Menyebut soal kematian ini, ada seorang lelaki yang merupakan seorang pakar bedah forensik berkongsi satu cerita mengenai seorang Makcik. Makcik berkenaan tinggal di pusat jagaan orang tua dan meninggal dunia secara tiba-tiba.

Setelah melakukan pembedahan, masih juga tidak menjumpai apa punca kematiannya. Paru-paru, jantung,  semuanya normal. Namun apabila bedah di bahagian kerongkong, mereka menjumpai satu ketulan putih.

Rupa-rupanya kematiannya adalah berpunca daripada tercekik telur rebus berkenaan. Namun apa yang menginsafkan adalah apabila abang forensik ini bercerita tentang anak-anak kepada Makcik ini.

Menurut abang forensik ini, sewaktu anak-anak Makcik ini datang untuk menuntut mayat ibunya. Pekerjaan anaknya semua bagus-bagus. Namun apa yang menyedihkan adalah kerana mereka sanggup menghantar ibu mereka ke rumah orang tua.

Mungkin korang boleh melihat sendiri perkongsian video yang dikongsikan oleh @antunippon86 di bawah ini.

Forensik menginsafkan

https://www.tiktok.com/@antu_nippon86/video/7005140622776487194?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@antu_nippon86Forensik menginsafkan… 😭😭 Kalau naik fyp korang, jom follow abam umah mayat.. 🙏##abamfrontliner🥰 ##fypシ ##fypシforyoupage ##kamisempoiii♬ original sound – _antunippon86_

Betul lah kan orang cakap, seorang ibu boleh jaga 10 orang anak. Namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Walaubagaimanapun, kita tidak tahu apa masalah atau keadaan yang dialami oleh mereka.

Namun apa pun yang terjadi, tetaplah sayangi kedua ibu bapa kita, hargailah mereka sementara masih ada. Jadikan kisah yang dikongsikan oleh abang forensik ini sebagai satu pengajaran untuk kita.

Sumber: TikTok @antunippon86

tags: |