Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ahli Kimia Ini Kongsi 4 Tips Penting Sewaktu Masak Sayur. Nak Sedap Jangan Tinggal Tips Ini!

Ahli Kimia Ini Kongsi 4 Tips Penting Sewaktu Masak Sayur. Nak Sedap Jangan Tinggal Tips Ini!

Kategori: ,
tips penting sewaktu memasak sayur

Memasak atau menyediakan hidangan untuk ahli keluarga kebiasaannya adalah tugas seorang wanita atau para ibu. Namun ada sahaja para ayah atau orang lelaki yang menyediakan hidangan untuk keluarga. Itu semua tidak menjadi masalah pun. Bahkan jika lelaki yang memasak, rasanya lebih sedap dan enak.

Bercakap soal memasak ini, setiap masakan pasti akan ada tatatertibnya kan? Bukan main campak sahaja. Nak campak boleh namun pastikan hasilnya menjadi dan sedap.

Setiap masakan yang disediakan ada sukatan dan caranya yang tertentu. Begitu juga dengan memasak sayur. Ketika memasak sayuran, tidak kiralah apa jenis dan cara memasaknya. Pastikan anda tahu empat tips penting ini agar rasanya lebih sedap dan lebih menyihatkan.

Nak tahu apa itu tipsnya? Jom kita ikuti perkongsian daripada ahli kimia, Dr Fatimah Salim. Mungkin anda semua boleh praktikkan tips yang dikongsikan oleh beliau ini dalam masakan anda.

Tips penting ketika memasak sayur

FB ingatkan memori siaran saya 2 tahun lepas. Saya kongsikan di sini tips memasak kari ayam style saya, dan sayur campur tumis isi ikan tuna.

Tips: 

1) Masak sayur sekejap dengan api besar untuk mengelakkan fitokimia bermanfaat di dalamnya termusnah kerana haba.

2) Menumis sayur jenis kering, lebih sedap garam dan serbuk perasa dimasukkan akhir sekali sebelum tutup api. Ini bertujuan untuk mendapatkan sensasi rasa garam tidak sekata yang unik.

3) Untuk rasa ikan tuna yang lebih sedap, tumiskan bawang putih cincang (agak banyak), tambahkan serbuk lada putih dan garam.

4) Masukkan daun kunyit akhir sekali untuk mengelakkan bahan kimia essential oil punca wangi meruap, maka lebih terasa dalam masakan.

Semoga perkongsian tips penting memasak sayur ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Jangan lupa juga untuk kongsikan kepada kenalan atau ahli keluarga anda semua.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Fatimah Salim Via Makmal Makanan

Baca juga: Elak Sayuran Cepat Layu, Ikut Cara Mudah Ini Untuk Simpannya Agar Tahan Lama

tags: | |