Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kesiannya! Baru Nak Mula Berniaga Namun Kejadian Yang Berlaku Pada Pak Cik Ini Buat Ramai Sedih

Kesiannya! Baru Nak Mula Berniaga Namun Kejadian Yang Berlaku Pada Pak Cik Ini Buat Ramai Sedih

Kategori:
pakcik penjual bakso jatuh motosikal

Setiap orang pasti pernah menghadapi ujian yang sangat perit. Sampai satu tahap, diri merasakan tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan ujian tersebut. Kadang kala ujian hidup ini menyebabkan diri jatuh tersungkur. Namun itulah kehidupan, tanpa ujian memang tidak lengkap.

Tetaplah percaya, disebalik ujian pasti ada hikmahnya. Ujian ini boleh datang dalam pelbagai cara atau pun keadaan. Sama ada kehilangan, kelaparan dan juga kesusahan.

Seperti mana yang berlaku kepada seorang Pak Cik di Indonesia yang merupakan seorang peniaga bakso dan soto. Apabila dia diuji dengan motosikalnya terbalik secara tiba-tiba. Pada waktu tersebut dia baru sahaja keluar untuk berniaga.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh mamawilu di aplikasi TikTok. Dapat dilihat, barangan jualannya seperti kuah sup dan bakso jatuh berhamburan ke atas jalan. Beberapa saat kemudian kelihatan kempulan asap dari kuah sup yang tumpah.

Mungkin barangan yang dibawa terlalu banyak hingga hilang keseimbangan lalu motosikal yang dibawa hilang kawalan. Melihat kejadian yang menimpa Pak Cik ini, orang ramai segera mendatangi dan menolong mengangkat kembali motosikalnya.

Baru bertolak mencari rezeki namun..

https://www.tiktok.com/@mamawilu/video/7006656915904204059?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@mamawiluKasian baru brgkt cari nafkah ciloknya tumpah dijln😢

♬ suara asli – mohfikrih99

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kasihan kepada Pak Cik ini dan mendoakan Pak Cik ini agar sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Melihat kejadian tersebut, hati bagaikan ditoreh bertalu-talu. Kita yang melihatnya sudah berasa kasihan, apatah lagi perasaan Pak Cik ini. Semoga Pak Cik ini diberikan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.

Sumber: TikTok mamawilu

tags: |