Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Masak Pulut Agar Lebih Sedap, Tak Berkerak & Cantik Berbiji? Ikuti Cara & Tips Mudah Ini! 

Nak Masak Pulut Agar Lebih Sedap, Tak Berkerak & Cantik Berbiji? Ikuti Cara & Tips Mudah Ini! 

Kategori: ,

Pulut merupakan sejenis bijiran yang hampir sama dengan beras. Namun teksturnya lebih lembik dan apabila dimasak dia melekat antara satu sama lain. Pelbagai makanan atau hidangan yang boleh kita sediakan dengan pulut ini. Sama ada pulut manis, pulut kelapa atau pun pulut durian.

Segala hidangan tu akan menjadi lebih sedap kalau pulut yang dimasak tu sedap dan tak berkerak. Nak buat pulut yang macam ni? Mudah je. Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini. 

Cara Kukus Pulut Yang Mudah Serta Menjadi

Dah habis musim durian tak jumpa dah lepas ni. Durian kampung pun onzzz. 

Sis lebih suka kukus pulut daripada tanak. Kukus tapinisi air bukan macam kukus pulut kuning tu. 

Tips nak masak pulut secara kukus macam ni atau tanak. Air tu wajib paras pulut sahaja. Tak kisahlah banyak mana pulut pun. Sekilo ke. 3 kilo ke. Ais paras pulut sahaja. Tak perlu rendam. Kalau nak rendam kejap 1 hingga 2 pun boleh. Kadang-kadang sis tak rendam pun. 

Bahan-bahan:

  • Air
  • Pulut
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Basuh bersih pulut dan letak air paras pulut sahaja. Tak kisahlah pulut banyak mana. Lepas ni tak payah tanya dah pulut 1 cawan air banyak mana. 
  2. Kemudian kukus selama 20 hingga 30 minit.
  3. Siap. Pulut pun cantik dan tak berkerak. 

Mudah je kan nak masak pulut yang cantik dan tak berkerak? Kukus je. Sukatan air pun senang sahaja. Tak payah nak sukat dengan cawan atau jari ke apa. Ikut je paras pulut tu. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat pulut gaul kelapa. Makan dengan ikan kering, bestnya!

Selamat mencuba!

Kredit: Tuan Adriana Arissa Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Rahsia Pulut Kuning & Rendang Ayam Hasil Jualannya Yang ‘Laris’

tags: |