Tauhu merupakan makanan yang dihasilkan dari kacang soya dan beberapa bahan lain. Ia merupakan antara makanan yang sangat terkenal di negara ASEAN. Tauhu tinggi dengan kalsium dan protien. Pasti ramai kan yang menggemari tauhu ini.
Selain dibuat sambal tauhu, ia juga sangat sedap jika dijadikan rojak. Namun masih lagi ramai yang tidak tahu cara simpan tauhu ini agar tahan lebih lama. Bagi anda yang masih tertanya-tanya caranya, mungkin boleh rujuk atau guna cara yang dikongsikan oleh Ani Zam ini.
Salam Jummat
Hari ini nak share tips simpan tauhu agar tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari ibu mertua saya.
Pastikan beli tauhu yang masih elok dan tidak berbau masam. Cuci bersih menggunakan air paip.
Kemudian rebus tauhu selama 10 minit atau hingga mendidih. Bila sudah sejuk, simpan di dalam bekas yang berisi air tapis atau air masak hingga menenggelamkan tauhu tersebut.
Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga seminggu.
Mudah sahaja kan cara simpan tauhu ini. Nak beli banyak terus pun okay lepas ni. Cuci bersih macam yang ditunjukkan dekat atas kemudian simpan. Boleh tahan seminggu. Tak payah dah hari-hari nak keluar beli tauhu ini.
Kredit: Ani Zam
Baca juga: Resepi Mudah Tauhu Berkuah Pedas, Mak Mertua Puji Berkali-Kali. Sedap Sungguh!