Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kalau Beli Mahal, Apa Kata Buat Sendiri Je Tauhu Sumbat Ayam. Ini Resepi Lengkapnya!

Kalau Beli Mahal, Apa Kata Buat Sendiri Je Tauhu Sumbat Ayam. Ini Resepi Lengkapnya!

Kategori: ,
resepi tauhu sumbat ayam

Tauhu Sumbat Ayam merupakan antara makanan yang sangat enak dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi bagi ‘hantu’ tauhu. Nak menyediakan Tauhu Sumbat Ayam ini agak sedikit renyah, walaupun begitu ia begitu memuaskan sebab kalau beli agak mahal juga.

Jadi apa kata kita buat sendiri je. Nak makan berapa banyak pun makan, tiada masalah. Nak cuba buat sekarang? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Wafifi’s Kitchen ini.

Resepi Tauhu Sumbat Ayam Yang Sedap & Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus ayam kisar
  • 1 biji bawang besar | tumbuk
  • 3 ulas bawang putih | tumbuk
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
  • Daun sup dan daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk goreng
  • 5 biji tauhu 

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula goreng dahulu tauhu seketul-seketul. Selepas goreng, tunggu sejuk dan potong dua.
  2. Kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang belah luar terkoyak. Perlu berlemah lembut sedikit ye. Isi tauhu tu dihancurkan dulu.
  3. Untuk inti tahu, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam kisar dan biarkan sampai ayam agak masak.
  4. Kemudian masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Nak tambah carrot dan jagung pun boleh. Taburkan serbuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang.
  6. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
  7. Kemudian, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.
  8. Dah siap. Kalau nak berseri tabur la sedikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng atas tu. Nampak la berhias gitu.

Resepi Sambal Kicap Marvelous

  1. Goreng sekejap cili padi merah dan hijau, bawang merah, bawang putih sampai layu.
  2. Kemudian blender bersama kicap manis, kicap pekat, garam, gula, perasa dan sedikit perahan limau kasturi. Kuantiti agak-agak lah ye.
  3. Sambal ni boleh simpan lama dalam peti ais.

Nampak mudah kan nak sediakan Tauhu Sumbat Ayam ni walaupun sedikit renyah. Tapi tak mengapa, yang penting sedap dan pasti puas hati punya. Dah cuba? Jangan lupa kongsikan resepi ini kepada kenalan anda.

Selamat mencuba!

Baca juga: Dapat 1.5K Shares di FB, Ini Resepi Tauhu Telur Masak Sos Tiram Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

tags: