Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Makanan Laut » Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Yang Padu & Menyelerakan, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Yang Padu & Menyelerakan, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Kategori: ,
resepi udang masak lemak cili api nenas

Udang merupakan sumber laut yang kaya dengan  vitamin B12. Udang ini memang sangat enak dibuat gulai atau digoreng, Kalau nak lebih padu dan menyelerakan boleh buat Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas. Jarang dengar kan orang letak nenas? Kali ini boleh cuba buat.

Betul nak cuba buat ni? Kalau betul jom kita ikuti resepi di bawah ini. Memang puas hati punya kalau makan tenghari berlaukan udang ni.

Cara Buat Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Yang Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Sikit kunyit serbuk
  • Garam
  • Santan
  • Nenas sikit

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk cili, bawang merah dan bawang putih.
  2. Kemudian tumis bahan tumbuk sampai pecah minyak.
  3. Masukkan serai tumis sekejap dan masukkan santan.
  4. Selepas itu masukkan udang, nenas, serbuk kunyit dan garam.
  5. Kacau dan tunggu sampai mendidih dan masak.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas ni? Main campak je. Yang penting jangan derhaka resepi ya. Tunggu apa lagi tu? Jomlah kita masak sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit resepi: Seri Norlie Iskandar

Kredit gambar: Roselyza

Baca juga: Resepi Sambal Tempoyak Udang Petai Yang Padu, Puas Hati Makan Licin Satu Kuali!

tags: