Betul ke penyedut minuman daripada The Coffee Beans & The Leaf boleh dimakan? Pasti ramai yang tertanya-tanya kan. Tidak kurang juga sudah ada yang mencubanya dan memberikan pandangan masing-masing mengenai straw ini.
Terbaharu seorang pekerja daripada Coffee Beans telah tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok miliknya.
Dalam video berkenaan dia yang sedang berada di kedai memegang beberapa paket yang berisi penyedut minuman. Menurutnya penyedut minuman berkenaan sememangnya boleh dimakan namun tidak digalakkan.
Walaubagaimanapun ia adalah seratus peratus daripada beras. Mungkin sedikit keras namun jika direndamkan lama dalam air ia akan menjadi lembut. Untuk lebih lanjut, mungkin korang boleh lihat video di bawah ini.
@theycallmenokssss INI KAN STRAW YG TENGAH VIRAL SEKRANG SINI ?! HAAAAAAA MANA YG TAK PERNAH RASA LAGI ! DIPERSILAKAN 🤪 #fypop #fypp #fyppoppppppppppppppppppppppp
@whynotjemah_INI KAN STRAW YG TENGAH VIRAL SEKRANG SINI ?! HAAAAAAA MANA YG TAK PERNAH RASA LAGI ! DIPERSILAKAN 🤪 ##fypop ##fypp ##fyppoppppppppppppppppppppppp♬ bunyi asal – Azmey Zainal
Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah warganet yang terkejut kerana straw berkenaan boleh dimakan. Namun ada juga yang turut berkongsi pandangan mereka yang pernah merasai sendiri straw ini.
Pasti anda semua teringin nak merasainya kan? Walaupun ada yang sarankan tak payah cuba namun hal tersebut adalah atas diri masing-masing. Kalau rasa nak cuba, pergi je beli. Kalau tak nak, tak payah. Hehe!
Sumber: TikTok Azmey Zainal
Baca juga: Mudah Je Nak Buat Roti Bakar Ala Old Town White Coffee, Guna 3 Bahan Je