Kerang merupakan sumber laut yang kaya dengan sumber protein. Pelbagai jenis kerang yang ada seperti kerang bambu, kupang, tiram dan kekapis. Untuk kerang pula, ada kerang biasa dan kerang yang berbulu. Bagi kerang yang berbulu ini kebiasaanya harganya lebih murah berbanding dengan kerang biasa.
Rasanya juga lebih sedap, manis, kenyal dan bentuknya juga lebih besar. Sangat sedap jika menggunakan kerang jenis ini dalam Kueh Teow. Walaupun ianya murah namun untuk membersihkan bulunya itu agar sukar.
Kadangkala sudah penat memberus dengan berus besi. Mungkin korang boleh cuba mana-mana cara di bawah ini.
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. Dengan menggunakan cara ini kerang cepay cuci dan rasa isi kerang juga lebih enak.
Rendamkan kerang dalam air asam keping lebih kurang setengah jam.
Cuci bersih kerang kemudian bakar atas kuali. Apabila bakar bulu akan hangus dan gugur sendiri.
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan satu hingga dua jam. Kulit kerang akan putih bersih.
Ambil beberapa batang serau lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengana ir sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan.
Jadi lepas ni tak payah susahkan diri dan sakitkan tangan untuk berus kerang satu-satu. Guna sahaja cara-cara di atas ini. Walaupun susah nak bersihkan namun rasanya lebih sedap tau. Jadi lepas ni kalau terbeli atau nak beli kerang berbulu macam ini, bersihkan sahaja menggunakan cara ini!
Kredit: Resepi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly, Pedas Sik-Sik Memang Bikin Ketagih, 45 Minit Siap!