Mesti ramai kan peminat kek mentega dekat sini. Mungkin ramai dalam kalangan anda dah cuba pelbagai jenis kek mentega ini. Dah cuba ke belum kek mentega istimewa daripada buku teks darjah dua ini? Ramai yang cakap sedap dan menjadi. Memang puas hati. Bahan yang digunakan pun sangatlah simple.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dan kek dari ZarinahEna Tumiran ini. Namun dia ada mengubah beberapa bahan. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Kek darjah dua katanya, uols try la. Ikut resepi guna mentega. Saya ganti Anchor Salted, tepung gandum saya ganti tepung naik sendiri. Yang lain-lain ikut je resepi tu, buat kek ni kita nak kena bijak juga. Kena fikir, kalau guna tepung gandum semata-mata takut tak naik gebu so pandai-pandailah kita adjust dia. Selamat mencuba gaisss.
Mudah sahaja kan nak buat kek mentega istimewa dari buku teks darjah dua ini? Kalau anda nak cuba boleh sangat. Pasti berpuas hati punya. Pasti lepas ni hari-hari buat kek ini. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita mula membaking sekarang juga!
Kredit: ZarinahEna Tumiran Via MAHN