Salah satu kubur yang mempunyai 10 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang menarik perhatian orang ramai. Namun, tak ramai tahu mengenai kisah sejarah di sebaliknya.
Tragedi yang berlaku di Bukit Lintang, Melaka pada tahun 1974 telah menggegarkan satu kampung apabila lima beradik telah meninggal dunia setelah memakan telur ikan kurau.
Meskipun telah lama berlalu, kisah itu masih lagi segar dalam ingatan masyarakat di sana dan menjadi bualan orang ramai di sosial media.
Menurut cerita, si ayah, iaitu Kassim Alauddin telah ke pasar untuk membeli telur ikan di Pasar Melaka untuk makan sekeluarga. Ketika itu, Pasar Melaka terletak di tepi sungai Kampung Jawa.
Penjual mengatakan bahawa ianya telur ikan kurau tapi sebenarnya telur ikan buntal yang sangat beracun.
Apabila dibawa pulang untuk dimasak, Kassim dan isterinya, Fatimah Hussein berasa cemas dan sedih apabila melihat lima orang anak mereka bergelimpangan di keliling tempat makan sebaik sahaja menjamah asam pedas yang disediakan.
Menurut kisah yang diceritakan semula oleh adik bongsu kepada mangsa, iaitu Makmor Kassim, yang berusia enam bulan ketika itu, ibu dan bapanya bersama adik beradik, ibu saudara dan sepupu segera digegaskan ke hospital.
Namun, malang tidak berbau, lima adik beradiknya telah meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri. Kejadian yang berlaku itu telah menyebabkan ibunya mengalami kemurungan buat beberapa ketika selepas kejadian itu.
Menjengah di ruangan komen Instagram, ada warganet yang mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku pada tahun 1974 dan mereka turut mensedekahkan surah Al-Fatihah buat mangsa.
Apa yang berlaku benar-benar menyayat hati. Tak sangka kebahagian satu keluarga menjadi tragedi. Niat mulia seorang bapa untuk gembirakan anak-anak menjadi sebuah kisah gelap yang tidak dapat dilupakan. Jom sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa.
Kredit: Instagram resepisedap, Sinar Harian
Baca Juga: Bahaya Makan Telur Ikan Yang Ada ‘Cacing’ Macam Ni? Baca Penjelasan Ahli Kimia Ini