Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pemilik Kedai Letak Memo Minta Maaf Selepas Terpaksa Kurangkan Inti Dalam Taiyaki

Pemilik Kedai Letak Memo Minta Maaf Selepas Terpaksa Kurangkan Inti Dalam Taiyaki

Kategori:
terpaksa kurangkan inti dalam Taiyaki

Sejak kebelakangan ini memang ramai pengusaha kedai yang terpaksa menutup kedai mereka kerana mengalami kerugian yang banyak. Namun selagi mana boleh, mereka akan usahakan yang terbaik bagi memastikan kedai mereka tidak ditutup.

Seperti mana yang berlaku di sebuah kedai Taiyaki no Bunfukuya di Jepun. Pemilik berkenaan yang bernama Hashimoto terpaksa mengambil jalan lain yang mungkin mengecewakan pelanggan mereka.

Terpaksa mengurangkan inti Taiyaki

Hashimoto merupakan pengusaha makanan atau snek berbentuk ikan dengan inti kacang merah terpaksa mengurangkan inti dalam setiap snek yang disediakan. Memandangkan hasil jualannya merosot sebanyak 70 peratus semasa musim panas. Ditambah pula dengan tempoh kawalan pergerakan yang berlaku pada ketika ini.

Pada awalnya dia ingin menaikkan harga Taiyaki berkenaan namun dia berasa bersalah. Jadi dengan rasa berat hati dia mengambil keputusan untuk mengurangkan inti kacang merah Taiyaki berkenaan sahaja.

Namun dia tetap rasa bersalah dan Hashimoto memohon maaf kepada pelanggannya dengan meletakkan memo di depan kedai yang bertulis,

Sejujurnya, saya dah letak banyak inti kacang merah di dalam, tapi saya tak dapat untung.

Saya kurangkan jumlah inti kerana kedai saya sudah hampir bankrap. Maafkan saya.

Gambar memo berkenaan dimuat naik di akaun Twitter @tengjingouitsu dan postingan tersebut telah mendapat perhatian warganet. Rata-rata warganet menyifatkan perniaga berkenaan sangatlah jujur.

Sumber: SoraNews24

Baca juga:  Lemon Madu Yang Diperam Dapat Kurangkan Kolesterol & Meredakan Batuk, Ini Cara Penyediaannya!

tags: