Penggunaan helmet bagi penunggang motosikal adalah sangat penting untuk menjaga keselamatan. Tapi tiada siapa yang sangka bahawa akan ada individu yang begitu mengambil serious dengan pemakaian helmet ini sehingga tanpa sedar masih memakainya pergi ke mana-mana sahaja hingga menjadi tular di media sosial.
Menerusi satu perkongsian video di laman sosial media Tiktok, seorang wanita dirakam telah menghadiri kenduri perkahwinan dengan memakai dress yang kelihatan cantik.
Namun apa yang peliknya adalah wanita itu datang dalam keadaan yang masih belum membuka helmet di kepalanya. Kejadian yang tidak disengajakan itu turut disedari oleh para tetamu yang hadir.
Sehinggalah ingin mencapai makanan yang disediakan di kenduri kahwin berkenaan, wanita itu akhirnya diteguri oleh para tetamu yang hadir mengenai helmet ‘Doraemon’ tersebut masih belum ditanggalkan sehingga membuatkan wanita itu tidak dapat menahan ketawa dan terduduk disebabkan terlalu malu.
@fenyelvira195 siapa ni yang pernah kayak kakak ini, lupa buka helem #samasamaketawa #kocakabis #art
@fenyelvira195siapa ni yang pernah kayak kakak ini, lupa buka helem ##samasamaketawa ##kocakabis ##art♬ suara asli – fenyelvira195
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat perkongsian video berkenaan. Malah, ada juga yang berkata bahawa kesilapan itu sudah biasa buat penunggang motosikal.
Dalam pada itu, masing-masing dilihat sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama.
Terdapat lebih 500 komen yang diberikan oleh pengikut akaun TikTok itu. Sungguh terhibur membaca pengalaman yang dikongsikan itu. Rata-rata ada yang berkongsi pengalaman yang sama dan yang berlainan cerita diantara mereka.
Sumber: TikTok fenyelvira195