Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Petua Menghalau Nyamuk & Lalat Dengan Berkesan, Sudah Hampir 50 Tahun Menggunakan Cara Ini!

Wanita Ini Kongsi Petua Menghalau Nyamuk & Lalat Dengan Berkesan, Sudah Hampir 50 Tahun Menggunakan Cara Ini!

Kategori: ,
petua menghalau nyamuk dengan mudah dan cepat

Memang banyak sangat kan kebaikkan bahan dapur ini. Selain dari dimasukkan ke dalam masakan, bahan dapur ini juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Salah satu daripadanya adalah menghalau nyamuk dan lalat. Mungkin bagi sesiapa yang alergik atau tidak suka pada sebarang ubat nyamuk boleh cuba petua ini.

Petua ini hanya menggunakan limau nipis dan bunga cengkih sahaja. Nak cuba petua semulajadi ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Noraini Jamsit. Menurut Noraini Jamsit, dia sudah menggunakan cara ini hampir 50 tahun.

Petua turun temurun ini jelas berkesan kerana semenjak dia amalkan rumahnya bebas daripada nyamuk dan lalat. Dia juga tidak perlu menggunakan kelambu, ubat nyamuk atau sebarang semburan bahan kimia untuk mengelak daripada gigitan nyamuk.

Cara Menghalau Nyamuk Dengan Mudah & Berkesan!

  1. Ambil sebiji limau nipis dan segenggam bunga cengkih.
  2. Potong sedikit kulit pada hujung limau.
  3. Kemudian potong dua. Setelah itu cucukkan bunga cengkih.
  4. Apabila sudah siap, bolehlah diletakkan di dekat tempat tidur atau dalam bilik.

Walaubagaimanapun menurut sumber lain, petua menghalau nyamuk menggunakan limau nipis dan bunga cengkih ini bergantung kepada jenis nyamuk juga. Kebiasaanya nyamuk hutan tidak akan mengendahkan petua ini mungkin kerana mereka lebih kuat berbanding nyamuk bandar. Apa pun cubalah dahulu sebab ada yang mencubanya dan ia berkesan!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Noraini Jamsit & oakleyahri ahmad

Baca juga: Isteri Selalu Komplen, Akhirnya Lelaki Ini Sendiri Cuba Cara Ini Untuk Halau Semut. Memang Berkesan!

tags: | |