Tiram atau Oysters merupakan salah satu hidupan laut yang digemari oleh kebanyakan orang. Malah ada juga beberapa restoran mewah yang menyediakan sajian tiram (osyters) yang masih hidup atau mentah. Namun tahukah anda bahawa memakan tiram yang masih hidup ini adalah merbahaya untuk kesihatan diri.
Tiram yang mengandungi vibriosis boleh membawa maut. Sebahagian besar penyakit dari tiram mentah ini terjadi di musim panas. Namun tidak kira bila dan di mana, makan kerang atau tiram yang tidak masak ini boleh memang bahaya, risiko untuk meragut nyawa adalah tinggi.
Tiram merupakan hidupan laut yang sentiasa menarik air dan bahan apa pun yang ada di dalam air. Termasuklah bakteria dan virus berbahaya. Bakteria dan virus yang ditarik oleh tiram atau kerang ini akan menjangkiti sesiapa sahaja yang memakannya secara mentah atau kurang masak.
Salah satu jangkitan yang diperoleh daripada makan tiram mentah atau kerang ini disebabkan oleh beberapa jenis Vibrio. Sebenanrnya bakteria ini memang ada secara semulajadi di perairan pantai di mana tiram atau kerang tersebut hidup. Dalam masa yang sama, jangkitan Vibrioisis ini juga boleh menjangkiti manusia melalui luka.
Memandangkan kita tidak dapat mengesan tiram atau kerang yang mengandungi bakteria berbahaya melalui bau atau rasa. Jadi cara terbaiknya adalah memasak dengan betul. Sebelum memasak, buang terlebih dahulu kerang atau tiram yang sudah terbuka.
Kemudian rebus sehingga kulit-kulit kerang atau tiram terbuka dan terus didihikan lagi selama 3-5 minit. Setelah itu pindahkan ke pengukus dan kukus selama 4-9 minit lagi. Pastikan anda hanya makan tiram atau kerang yang kulitnya terbuka sahaja. Yang tidak terbuka boleh dibuang dan jangan dimakan.
Sumber: Rino Prasetyo Via toopcareer