Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Isteri Jenis Apa Ini..”, Suami Kecewa & Berang Isteri Tak Masak Waktu Balik Kerja. Asyik Bermain Telefon Sahaja

“Isteri Jenis Apa Ini..”, Suami Kecewa & Berang Isteri Tak Masak Waktu Balik Kerja. Asyik Bermain Telefon Sahaja

Kategori:
isteri tak masak suami berang

Menyediakan masakan atau hidangan yang enak-enak untuk suami merupakan salah satu tips untuk rumahtangga yang bahagia. Kalau nak suami sayang, perutnya perlu dijaga. Memang itu yang disarankan sebenarnya memandangkan suami sudah penat bekerja demi menyara isteri dan anak-anak.

Namun masih ramai juga isteri diluar sana yang seolah-olah mengabaikannya kerana asyik bermain telefon bimbit. Sehinggakan tiada satu pun hidangan yang disediakan buat suami yang pulang dari bekerja.

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan sang suami yang berang selepas mendapati isterinya membiarkan rumah dalam keadaan tidak terurus kerana leka bermain telefon bimbit.

Video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok itu menunjukkan sang suami baru sahaja pulang dari kerja seakan kecewa dengan tindakan isterinya yang mana hanya mementingkan telefon bimbit. Sehinggakan langsung tidak mengendahkan hal rumah tangga mereka.

Tak masak dan biarkan dapur dalam keadaan berselerak

Malah apa yang membuatkan sang suami semakin marah adalah apabila mendapati isterinya tidak memasak atau menyediakan sebarang makanan untuknya. Isterinya hanya membiarkan dapur berada dalam keadaan berselerak dan membiarkan pinggan mangkuk di dalam sinki tidak bercuci.

Sang suami akhirnya menegur perbuatan isterinya namun sebaliknya yang berlaku apabila isterinya itu dengan selamba menyuruhnya memasak sendiri mi segera jikalau lapar. Bukan itu sahaja, malah isterinya juga meminta sang suami membasuh pinggan yang kotor untuk digunakan.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tanggungjawab seorang isteri.

https://www.youtube.com/watch?v=Na9ePbQ2_tI

Sumber: kanjeng_mawiew2 & suara.com

tags: