Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Buat Kenduri Doa Selamat Ke Dik” Wanita Panik Anak Saudara Hampir Order Makanan Berharga Lebih RM1800!

“Buat Kenduri Doa Selamat Ke Dik” Wanita Panik Anak Saudara Hampir Order Makanan Berharga Lebih RM1800!

Kategori:
kanak-kanak hampir order makanan

Zaman semakin moden, pastinya segala urusan hanya dilakukan di hujung jari. Nak makan ke nak membeli ke hanya dengan menekan satu butang sahaja. Tak payah tunggu lama-lama pun, tak sampai 1 jam makanan atau barangan tersebut sudah sampai.

Namun sejak kebelakangan ini sering kali kedengaran tentang kanak-kanak yang bermain telefon penjaga mereka dan memesan makanan dengan kadar yang banyak melalui aplikasi penghantaran makanan seperti foodpanda dan grabfood.

Seperti mana yang berlaku kepada Miya Azira. Di mana anak saudaranya secara tidak sengaja hampir membuat pesanan di sebuah restoran mahal melalui aplikasi foodpanda. Apabila diperiksa, Miya berasa lega pesanan berjumlah lebih RM1800 itu belum dibuat oleh anak saudaranya.

Rupa-rupanya kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu lapar dan teringin untuk makan Pizza. Miya juga sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa atau penjaga agar lebih berhati-hati ketika membiarkan anak kecil bermain dengan sebarang aplikasi dalam telefon.

Last week punya cerita..

Alkisah last week punya cerita. Anak saudara saya, main handphone saya, then dia order foodpanda! Order dari restoran mahal! Nasib baik foodpanda apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1800++ makanan sampai kat rumah. Berderau jantung tacik dia. Nasib baik anak saudara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza. 

Edited: Pesanan untuk ibu bapa sekalian. Hati-hati dengan ank vs apps foodpandan. Ada yang cod je. Hehehe. 

Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang berseloroh seolah-olah ingin mengadakan kenduri. Malah ramai juga netizen berkongsi kisah anak-anak mereka yang turut melakukan perkara yang sama.

Pernah kena..

Apa-apa apps yang ada kena bayar, saya lock..

 

Kene buat kenduri..

Semakin moden sesuatu zaman semakin banyak cabarannya. Jadi bagi ibu bapa atau penjaga pastikan sebarang aplikasi yang mempunyai risiko dikunci. Agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Memang pengsan lah kalau terpaksa bayar beribu-ribu ni.

Sumber: Cik Miya Azira Via ASAHI

Baca juga: Dikejar Anjing Liar, Rider Wanita Foodpanda Hilang Kawalan Lalu Merempuh Pagar Rumah

tags: | |