Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penyelidik Dari Jepun Ini Berjaya Cipta Makanan Daripada Najis Manusia, Siap Jual Lagi!

Penyelidik Dari Jepun Ini Berjaya Cipta Makanan Daripada Najis Manusia, Siap Jual Lagi!

Kategori: ,
penyelidik jepun cipta makanan

Umum mengetahui bahawa Jepun merupakan salah satu negara yang memiliki pelbagai barangan dan alatan canggih selain dari China. Malah orang Jepun juga mempunyai otak yang super. Mereka banyak mengeluarkan produk yang canggih dan Malaysia merupakan salah satu negara yang sering menggunakan barangan mereka.

Kebanyakan barangan yang dicipta oleh mereka ini memang memudahkan kerja manusia. Namun ada juga ciptaan pelik dan sangat aneh yang mereka ciptakan. Langsung tak terfikir dek akal. Salah satu daripadanya adalah mencipta makanan daripada najis manusia.

Hasilkan burger dari najis manusia

Oleh kerana kerajaan Jepun mahu menyelesaikan masalah pengumpulan najis manusia dari kumbahan maka ada salah seorang penyelidik mereka yang bernama Mitsuyuki Ikeda berjaya menjadikannya makanan selepas melalui pelbagai proses.

Makanan yang dihasilkan itu akan dicampur bersama dengan pencicah yang berperisa steak. Jadi rasanya memang menyerupai steak. Selain makanan lain, penyelidik berkenaan turut menghasilkan burger steak dari najis tersebut.

Agak menjijikkan bukan? Namun ianya tampak biasa sahaja di negara serba moden itu. Malah penyelidik berkenaan juga turut mengalukan orang ramai untuk membeli burger steak yang diciptanya dari najis manusia itu.

Baca juga: ‘Anak Malaysia’ Cipta StixFresh, Sticker Buah Supaya Buah Tahan Lama Sehingga 2 Minggu

tags: | |