Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hampir Bankrupt, Ini Kisah Syarikat Snek Mamee Yang Penuh Cabaran Untuk Berjaya. Sekarang Dah Dikenali Luar Negara!

Hampir Bankrupt, Ini Kisah Syarikat Snek Mamee Yang Penuh Cabaran Untuk Berjaya. Sekarang Dah Dikenali Luar Negara!

Kategori: ,
MAMEE

Mamee merupakan antara snek yang ternama di Malaysia dan luar negara. Mempunyai pelbagai produk makanan yang dikenali ramai, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, ia merupakan kegemaran keluarga yang enak dinikmati tak kira waktu.   MAMEE(Datuk Pang Chin Hin, founder Mamee)

Kejayaan syarikat ini semuanya bermula dengan Datuk Pang Chin Hin pada tahun 1971. Sebelum menceburi dalam perniagaan F&B, Datuk Pang merupakan seorang penjual kereta second hand. Dengan pujukan kawannya, dia memilih untuk menceburi pasaran mee segera.

Walaupun tidak berpengalaman, dengan bantuan sahabatnya yang telah memberi sokongan kewangan dan jaminan, beliau memilih untuk menceburi industri ini.

Menyediakan Anak Untuk Mahir Dalam Industri

Dengan niat untuk membina sebuah perniagaan yang penuh jaya, Datuk Pang akhirnya menghantar anaknya, Tan Sri Pang Tee Chew untuk meneruskan pengajian dan berkerja di kilang mee segera yang ternama di sana.

Di negara matahari terbit, Tan Sri Pang telah dilatih dalam bidang pemprosesan makana, terutamanya dalam pengintinan dan pembungkusan makanan.

Kejayaan Tidak Bermula Dengan Mudah

Pada tahun 1971, Datuk Pang dan rakannya telah menubuhkan Pacific Food Products di Melaka, sebuah kilang kecil untuk mengeluarkan mee segera.

MAMEE

(Kilang pertama Mamee di Melaka)

Segalanya bermula pada tahun 1972 apabila Mamee mengelurkan produk pertamanya iaitu; mee segera dan bihun Lucky.

MAMEE

Setelah Tan Sri Pang pulang dari Jepun, beliau telah mengambil alih pemasaran syarikat tersebut ke kawasan pendalaman dan kedai kecil. Sementara itu, ayahnya menumpukan perhatian pada operasi kilang syarikat mereka.

Meskipun diusahakan, kejayaan tidak datang dengan bergolek kerana saigan sengit di pasaran dari Cintan dan Maggi.

Akhirnya, bank dan pelabur mereka terpaksa menghentikan segala pembiayaan kerana jualan mereka yang makin merosot. Selain itu, pasangan ayah dan anak itu turut ditipu oleh rakan kongsi mereka.

Diuji, Datuk Pang bagaimanapun tidak pernah berputus asa. Dengan kegigihannya, beliau berjaya mendapat sokongan dari bank industri.

Penoreh Getah Mencetus Idea

Ketika itu, Tan Sri Pang pula memerhatikan penoreh getah di kawasan pendalaman. Menurutnya, mereka akan menikmati mee segera tanpa dimasak kerana tidak mempunyai dapur atau sumber api yang sedia untuk digunakan.

MAMEE

Sedar akan peluang keemasan, mereka memilih untuk mengubah jenama mee segera mereka kepada snek yang sedia untuk dimakan.

Pada tahun 1974, disitulah lahirnya Mamee dan raksasa biru yang sudah dikenali ramai. Nama “Mamee” untuk snek tersebut berasal dari perkataan “mommy”.

Meskipun penoreh getah yang memberi ilham untuk mengubah jenama dan produk mereka, mereka memilih untuk memberi tumpuan pada kanak-kanak.

Syarikat Yang Mengeluarkan Snek Ternama

Setelah kejayaan Mamee, mereka memilih untuk mengenalkan orang ramai pada produk baharu seperti Double Decker’s Crackers pada 1980 dan Mister Potato pada 1992.

MAMEE

Selain snek, mereka juga memilih untuk menceburi dalam pasaran tenusu juga dengan melancarkan susu kultur dan yoghurt Nutrigen.

Walaupun pada permulaanya tidak mendapat sambutan dalam pasaran mee segera, Mamee akhirnya mencuba sekali lagi dan melancarkan mee segera Mamee Chef pada tahun 2012.

Terkini, Mamee sudah berkembang dan dikenali sebagai empire F&B dengan memiliki lebih 50 produk dan 10 jenama. Ianya turut dieksport ke lebih 100 buah negara.

MAMEE

Menurut The Edge, hasil mereka telah mencecah RM 438 juta pada tahun 2020 dengan Australia dan Singapore sebagai pasaran eksport terbesar mereka.

MAMEE

Malah, mereka turut mendapat perkongsian antara Mister Potato dan Manchester United dari tahun 2011 sehingga 2014.

Hasil dari perkongsian tersebut, jualan Mister Potato  telah meningkat 20 peratus hingga 25 peratus selepas sponsorship tersebut dari MU.

Perkongsian Dan Rangkaian Menjadi Strategi

Jelas, Mamee mementingkan perkongsian dan rangkaian untuk mengembangkan syarikat mereka.

Vuitton Pang, salah seorang Direktor Mamee mementingkan rangkaian. Menurutnya, meskipun sesebuah syarikat mempunyai produk yang bagus dan berkualiti, tanpa rangkaian yang bagus, mereka tidak akan maju dan berkembang.

Setiap kali mereka bertapak ke negara baharu, mereka akan mencari rakan kongsi dan pengeluar yang terbaik untuk berkolibrasi.

Pada tahun 2015, mereka juga ingin berkolibrasi bersama syarikat ternama seperti Societe Family, Uniqlo dan Japan’s DyDo Drinco Inc. untuk mengembangkan perniagaan F&B dan pakaian.

MAMEE

(Sumber: Carol Lam, Uniqlo dan Ayue Idris)

Mamee Sudah Mempunyai Concept Store

Untuk raikan kejayaan yang dinikmati selama lebih 40 tahun, Mamee akhirnya membuka concept store pertamanya iaitu Mamee Jonker House di Unesco Herritage Village di Melaka, di mana segalanya bermula.

MAMEE

(Mamee Jonker House di Melaka) 

Mempunyai kafe, kedai barangan, stesen noodle doodle dan dapur mini dimana pengunjung boleh menyaksikan bagaimana snek dibuat, Mamee Jonker House turut berada di Mont Kiara untuk anda yang berada di Kuala Lumpur.

MAMEE

(Mamee Jonker House di Mont Kiara, Kuala Lumpur)

Seperti semua kisah kejayaan, semuanya tidak bermula dengan mudah. Malah, syarikat ternama seperti Mamee turut berdepan cabarannya. Semoga dengan kisah ini menjadi inspirasi buat kita untuk terus berusaha kepada kejayaan.

Kredit: The Sun

Baca Juga: Syarikat Ramly Burger Jualannya Mencapai Berbillion Ringgit, Siapa Pemiliknya?

tags: