Jus peria katak dan epal hijau sangat terkenal sebagai petua turun temurun, orang-orang zaman dulu selalu menggunakan makanan yang pahit-pahit seperti peria katak untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Mereka sering gunakan peria katak untuk merawat kencing manis atau diabetis.
Namun peria katak jika di makan begitu sahaja seperti ulam amatlah pahit rasanya sehingga lidah dan tekak tak mampu menahannya.
Disebabkan itu, ramai yang berkongsi di media sosial berkenaan ikhtiar dan amalan petua yang dikatakan dapat membantu penyakit kencing manis dan diabetis dengan mengawal kadar gula dalam darah melalui pengambilan jus yang dihasilkan daripada peria dan epal hijau.
Jom ketahui lebih lanjut petua yang dikongsikan oleh Zulina Yahya dari hasil pengalamannya sendiri.
3 bulan lepas, saja gatai check gula dalam darah kat rumah. 6.3 weih. Panik, terus gi farmasi nak confirm. Takut mesin kat rumah salah. Reading sama.
Balik terus buat jus peria apple hijau ni. Cousin Bob bagi petua ni. Saya minum sampai sekarang. Paling kurang 3 kali seminggu. Alhamdulillah la maintain reading pada 5-5.3.
Bob yang dah kena makan ubat kencing manis pun minum jus ni. Alhamdulillah la average 6-6.5. Tengah usaha turunkan lagi.
Bagi yang akan kata…eeeeeiii, peria katak yang pahit tu buat juice…tak sangguuppp. Hahaha. Saya juga cakap benda sama. Tapi macam tak percaya, bila campur dengan apple hijau, rasa sedap. Pastikan anda guna apple hijau Granny Smith.
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
Jadi kepada yang ada penyakit kencing manis dan diabetis boleh lah cuba, mana tahu dengan amalkan cara tersebut anda dapat mengawal kandungan gula dalam darah ke tahap yang lebih rendah daripada sebelumnya. Diharap dengan adanya petua dan amalan sebegini dapat membantu anda semua, khususnya yang berpenyakit kencing manis dan diabetis.
Semoga bermanfaat & Jom cuba sekarang!
Kredit: Zalina Yahya