Cabaran orang bertunang memang luar biasa hebatnya. Begitu juga dengan percintaan. Rasa sayang itu tak selamanya kekal tau. Malah bila-bila masa sahaja ia akan hilang. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu memandang kesenangan dan kekayaan sahaja.
Kejadian yang lebih kurang sama berlaku kepada seorang lelaki yang bernama Apid. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu menunjukkan yang dia berasa sangat kecewa apabila melihat teman wanitanya keluar dengan lelaki lain. Lebih-lebih lagi panggilan yang dibuat sebanyak 10 kali langsung tak berangkat.
Siapa je kan yang tidak kecewa setelah hampir 5 tahun mereka bersama namun ini yang terjadi. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, Apid yang sebelum ini bekerja sebagai travel agency terpaksa berkerja sebagai rider foodpanda.
Walaubagaimanapun dia tetap tidak mengalah dan bekerja keras untuk menghalalkan teman wanitanya itu. Namun mungkin takdir berkata sebaliknya. Walaupun perit, dia tetap bersyukur kerana Tuhan telah tunjukkan apa yang terbaik sebelum mereka bertunang.
https://www.tiktok.com/@apidapidd/video/7014778064869559578?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=7014778064869559578&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
@apidapiddada dengan jantan! Sbb tu tak angkat call aku.. pastu kau hina pekerjaan aku depan dia. hebat kau ni! ##fypシ゚viral ##fypシ
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warga TikTok memberikan kata semangat untuk rider foodpanda ini. Malah ada juga yang menasihati agar berpada-pada dan jangan terlalu berharap selagi belum halal.
Tetapi gaji pekerja foodpanda, grabfood atau grabcar adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan pekerjaan lain. Jadi janganlah kita memandang rendah kepada mereka ini.
Sumber: TikTok Dapit
Baca juga: Dikejar Anjing Liar, Rider Wanita Foodpanda Hilang Kawalan Lalu Merempuh Pagar Rumah