Mesti ramai dalam kalangan anda yang pernah terjumpa rambut dalam makanan. Jika terjumpa rambut dalam makanan yang dimasak sendiri atau ahli keluarga itu mungkin masih boleh diterima. Namun apabila terjumpa rambut daripada makanan yang dibeli dari luar memang agak menggelikan.
Lebih-lebih lagi kalau terjumpa kuku. Mungkin ada yang sampai memuntahkan kembali makanan tersebut. Itulah kejadian yang berlaku kepada salah seorang ahli group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Pengguna facebook yang dikenali dengan nama Mee itu menemui kuku yang berdaki di dalam kuih karipap.
Sebelum menjumpai kuku yang berdaki itu, dia sedang asyik menikmati karipap berkenaan. Namun apabila tiba-tiba terjumpa kuku tersebut terus dia beras mual dan ingin termuntah.
Menurutnya, dia sudah melaporkan kejadian tersebut kepada peniaga karipap berkenaan. Peniaga tersebut menjelaskan bahawa mereka membeli karipap yang sedia ada dijual di pasar sebelum menjualnya kembalik kepada orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa loya melihat kejadian tersebut. Malah ada juga warganet yang berkongsi pengalaman yang hampir sama dan menasihati penjual agar menitik beratkan soal kebersihan.
Apa pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini adalah kebersihan merupakan satu perkara yang sangat penting. Lebih-lebih lagi kalau kita menyediakan makanan untuk dibuat jualan. Kesian dekat orang, boleh membawa kepada keracunan makanan pula nanti.
Sumber: Mee Via MATJHN