Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Staff Dia Malas..”, Servis KFC Makin Teruk, Individu Mengadu Ayam KFC Rasa Macam Asap

“Staff Dia Malas..”, Servis KFC Makin Teruk, Individu Mengadu Ayam KFC Rasa Macam Asap

Kategori:

KFC atau Kentucky Fried Chicken merupakan rangkain restoran makanan segera yang agak terkenal di dunia. Seperti kebanyakan rangkain restoran makanan segera yang lain. KFC juga sering menjadi buah mulut ramai orang apabila servis yang disediakan oleh mereka kurang baik.

Terbaharu, ada seorang individu di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni mengadu dan marah apabila ayam KFC yang dibeli olehnya itu terasa seperti asap. Pastinya setiap orang akan merasa kecewa apabila ayam yang dibeli terasa pelik dan lain daripada biasanya.

Deme smoke kan ayam KFC tu ke?

Ini bukan masak tak jadi. Tapi makan tak berapa jadi. Awat la rasa macam asam ayamnya. Deme smoke kan ayam tu ke or hangit minyak. Ni kalau kolonel hidup, malu dia dengan resipi sendiri. 

Mungkin kejadian tersebut adalah disebabkan minyak gorengan ayam tidak ditukar atau diganti dengan yang baru. Malah apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga facebook mengatakan tidak menggantikan minyak yang digunakan.

Malah ada juga yang menyatakan mungkin disebabkan pekerjanya yang malas dan servis KFC semakin teruk. Bukan sahaja ayamnya yang semakin mengecil malah rasa dan harganya juga banyak yang berubah.

Minyak lama..

Sometimes staff dia malas..

Tukar pada texas chicken..

 

Tidak dinafikan semakin hari semakin banyak rungutan daripada orang ramai berkenaan dengan KFC ini. Diharapkan agar pihak KFC membuat perubahan berdasarkan rungutan pelanggan kerana customer is always right! Tanpa pelanggan sesuatu perniagaan itu mungkin tidak boleh maju dan berjaya.

Kredit: Ulat Innocent Via MATJHN

Baca juga: “Patut Orang Bengang”, Ayam KFC Bersaiz Paket Sos, Luahan Lelaki Ini Menarik Tumpuan Warganet

tags: | | |