Membeli makanan daripada luar memang kebersihannya kurang terjamin. Semakin hari semakin banyak kisah-kisah atau kejadian yang dialami oleh pembeli yang membeli makanan dari luar ini. Tidak kira lah daripada gerai makan tepi jalan mahu pun restoran mahal.
Seperti mana yang berlaku kepada Nur Nadya, yang mana sempat membuat perkongsian menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni berkenaan dengan dirinya yang terjumpa sesuatu dalam mee yang dibeli olehnya.
Apa yang mengejutkan dan menggelikan adalah apabila ‘sesuatu’ yang disangka bawang goreng hangus itu rupa-rupanya tahi cicak. Katanya sudah hampir separuh menikmati mee berkenaan namun tiba-tiba terbantut apabila melihat tahi cicak berkenaan di atas udang.
Dah separuh geng aku makan dah separuh. Aku ingatkan bawang goreng hangus sekali tilik rupa-rupanya.. Udang tu dia hias kat atas mee. Ada seekor je udang mungkin penyeri kot sebab mee kosong takde lauk. Terbantut selera aku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui pernah mengalami pengalaman yang sama. Malah ada juga yang terkejut melihat hiasan tersebut. Mereka tidak menyangka bahawa itu adalah tahi cicak. Tidak kurang juga ada yang menyangka itu adalah mata udang.
Oleh sebab itu kita disarankan untuk memasak sendiri sahaja di rumah kerana kebersihannya pasti terjamin. Melainkan kalau kita sudah terbiasa dengan peniaga tersebut atau pun sudah pernah masuk dan melihat mereka membuat kerja.
Dan sebagai peniaga, lebih-lebih lagi yang berniaga makanan mohon jagalah kebersihan sebaik mungkin. Barulah pelanggan suka dan selalu beli dekat kedai korang nanti.
Kredit: Nur Nadya Az Zahra Via MATJHN