Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sangat Pelik”, Iklan Mesin Kopi Brad Pitt Dikritik Pakar

“Sangat Pelik”, Iklan Mesin Kopi Brad Pitt Dikritik Pakar

Kategori:

Jarang pakar kopi, James Hoffmann membuat kritikan terhadap iklan komersial berkait kopi yang dibuat oleh brand terkenal. Namun kali ini, beliau memilih untuk mengkritik video komersil Delonghi dengan Brad Pitt sebagai pelakon utama dan di arahkan oleh pengarah popular filem ‘Babylon’ dan ‘La La Land’ kerana terlalu pelik dan tak logik.

James Hoffmann merupakan Juara World Barista Championship pada tahun 2007 dan kemudiannya menubuhkan Syarikat berasaskan Kopi Panggang, Square Mile Coffee Roaster yang terkenal di London. Beliau juga menerbitkan buku The World Atlas of Coffee: From beans to brewing – coffees explored, explained and enjoyed merupakan Worldwide Bestseller yang terjual melebihi 250,000 naskah. Beliau juga aktif di channel youtube dengan topik berkisarkan tentang kopi dengan hampir sejuta followers dari seluruh dunia.

Video bermula dengan Brad Pitt menunggang motorsikal berkuasa tinggi kemudian membeli kopi biji di kedai yang mana plastik bungkusan kopi biji itu dengan secara jelas menunjukkan “Brad”. Ini agak janggal kerana lumrah artis popular mereka tidak suka menonjol sewaktu bersendirian dan tulisan “Fresh Coffee Beans” juga tidak sesuai kerana menunjukkan point yang tidak signifikasi memandangkan kebiasaan Kedai Pemanggang Kopi biasanya melabel plastik bag dengan nama jenis dan asal kopi tersebut bagi membantu pembeli.

Seterusnya James Hoffmann mengkritik kerana berlebihan menonjolkan plastik bag dengan tanda nama ‘Brad’ yang tidak sesuai dalam sebuah iklan menjual mesin kopi.

Anda boleh menonton klip video tersebut di link di bawah, pastinya anda akan gelak kerana iklan yang mempunyai budget yang sebegini besar, oleh jenama yang terkemuka dengan pelakon dan pengarah yang terkenal mempunyai jalan dan naratif yang lemah.

Juga anda boleh menonton klip video iklan komersil Delonghi + Brad Pitt di sini:

tags: |