Sejak akhir-akhir ini memang banyak kedengaran kisah-kisah atau kejadian pelik yang berkaitan dengan restoran makanan segera KFC atau vendor KFC. Selain daripada harganya yang mahal, pekerjanya yang kurang ajar dan rasa ayam hangit. Ada juga kisah di mana KFC hanya melayan pelanggan walk in sahaja.
Menurut Mohd Firdaus Mohamad, seorang rider foodpanda yang membuat perkongsian di group FoodPanda Rider Malaysia berkenaan situasi yang terpaksa dihadapinya. Menurutnya, vendor KFC di Selangor itu hanya layan dan sediakan makanan kepada pelanggan beli terus sahaja.
Cerita hari ini, vendor KFC yang paling teruk di Selangor kot. Yang untuk foodpanda diaorang tak buat. Hanya untuk pelanggan beli terus ang dia orang buat. Pening macam ni.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada para riders seolah-olah mengiyakan apa yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus ini. Malah ada juga yang menyarankan agar tutup tab sekiranya pekerja tidak mencukupi atau terlalu sibuk.
Bukan itu sahaja malah ada juga para rider lain yang meminta pihak KFC menukar gelas minuman. Memandangkan penutupnya lembut dan sangat mudah tercabut. Semoga KFC mendengar segala komen daripada pelanggan dan juga para riders. Semoga ada penambahbaikan yang dilakukan selepas ini.
Sumber: Mohd Firdaus Mohamad Via FoodPanda Rider Malaysia
Baca juga: “Meriahnya..”, Bawa Periuk Nasi Masuk KFC, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Buat Ramai Tergelak