Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Mengandung 19 Minggu Craving Makan Nenas, Dijeling Suami Setiap Kali Nak Beli!

Wanita Mengandung 19 Minggu Craving Makan Nenas, Dijeling Suami Setiap Kali Nak Beli!

Kategori:

Kita sering dimomokkan mengenai buah nenas merupakan salah satu buahan yang boleh menggugurkan kandungan. Malah adegan makan nenas adalah salah satu scene yang sering dipaparkan dalam filem atau pun drama. Sehinggakan ramai yang mengambil langkah untuk tidak memakan buah nenas ini sewaktu awal kehamilan.

Namun ada juga sesetengah wanita yang masih berani menikmati nenas sewaktu mengandung. Seperti mana yang dikongsikan oleh Iza Fariza IV di aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang suka makan buah berkenaan semenjak kehamilan anak pertamanya lagi.

Walaupun tidak ada apa-apa masalah yang teruk cuma merasa sakit sahaja suaminya tetap juga risau. Malah setiap kali wanita ini mengidam dan membeli buah nenas, suaminya menjeling.

Namun apa yang menjadi tanda tanya orang ramai adalah adakah buahan ini mengakibatkan keguguran? Yang sebenarnya adalah ibu hamil ini dibolehkan makan dengan hidangan yang terkawal mengikut saranan pakar.

Namun bagi yang mempunyai perut sensitif disarankan untuk berhati-hati memandangkan nenas ini mengandungi asid. Jadi ia mungkin akan menyebabkan pedih ulu hati jika diambil berlebihan.

Suka sangat makan nenas..

@izafarizaiv

asyik kuar lagu ni je . try jugak lah. mommy dh berapa weeks? me 19 weeks❤️

♬ bunyi asal – Daniel Whiskey – DanielWhiskey🦁

@izafarizaivasyik kuar lagu ni je . try jugak lah. mommy dh berapa weeks? me 19 weeks❤️♬ bunyi asal – Daniel Whiskey

Menjengah ke ruangan komen ada warga TikTok yang menyatakan bahawa nenas manis tiada masalah untuk ibu hamil. Yang menjadi masalah adalah nenas yang belum masak. Pesannya lagi jangan sesekali mencuba makan nenas muda.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman yang hampir sama kerana sangat suka menikmati buah nenas saat mengandung.

Nenas manis tiada masalah..

Samalah saya pun..

Nak makan nenas tapi takut..

 Banyak pendapatkan mengenai buah nenas ini? Walaubagaimanapun dia bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang langsung tidak boleh menikmati buah tajam ini saat mengandung dan ada juga yang boleh. Namun jangan berani mencuba sekiranya anda tidak yakin.

Kredit: TikTok Iza Fariza IV

Baca juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Yang Padu & Menyelerakan, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

tags: | | |