Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingatkan Keledek Rebus Rupanya..”, Wanita Lupa Goreng Kuih. Sedar-Sedar Dah Hangus & Bertukar Rupa!

“Ingatkan Keledek Rebus Rupanya..”, Wanita Lupa Goreng Kuih. Sedar-Sedar Dah Hangus & Bertukar Rupa!

Kategori:
disangka ubi keledek rupanya cek mek molek

Terlupa sedang memasak sesuatu atas dapur sehingga lah ada terbau hangit. Baru teringat dan tersedar. Pasti hal tersebut pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Kadang-kadang sampai makanan yang dimasak itu terpaksa di buang memandangkan bentuk, rasa dan warnanya sudah seratus peratus berubah.

Terbaharu, ada seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang terlupa sedang menggoreng kuih. Situasi tersebut membuatkan dia buntu sama ada ingin menangis atau pun ketawa. Memandangkan rupa kuih berkenaan terpesong jauh dari rupa sebenarnya.

Apakah nama kuih diberi..

Assalamualaikum dan selamat malam sahabat-sahabat MATJHI. 

Tak tahu nak nangis ke nak gelak. Tapi memang dah gelak banyak pun. Nilah bila penyakit pelupa teruk nau. Kalau sahabat-sahabat bijak bestari apakah nama kuih diberi. 

Pasti ramai dalam kalangan kita yang menganggap ia adalah ubi keledek ungu yang direbus. Rupa-rupanya bukan, ia adalah kuih cek mek molek.

Begitu juga dengan warga facebook, ada yang menganggap hidangan hangit tersebut adalah ubi keledek. Selain pada itu, ada juga warganet yang sempat meninggalkan komen mengatakan mek comel dah jadi dayang senandung.

 Sekali pandang macam keledek..

Cek mek tak molek..

 

Walaubagaimanapun, sebagai langkah keselamatan buat anda yang sering terlupa. Mungkin ada baiknya jangan berganjak ke tempat lain sewaktu anda memasak. Kalau sekadar hangit tidak mengapa. Namun apa yang membimbangkan adalah jika boleh terbakar.

Sumber: Ainey Nuraini Via MATJHN

Baca juga: Ubi Keledek Pelbagai Bentuk Ini Buat Netizen Geli Hati, Yang Bentuk Itik Tu Memang ‘Rare’ Sekali!

 

tags: | |