Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Isteri Selamba Letak Udang Mahal Dalam Mee Goreng, Rupa-Rupanya Nak Bodek Suami Beli Peti Ais 4 Pintu

Isteri Selamba Letak Udang Mahal Dalam Mee Goreng, Rupa-Rupanya Nak Bodek Suami Beli Peti Ais 4 Pintu

Kategori:
bodek suami beli peti ais dengan mee udang mahal

Orang tua dahulu selalu pesan, kalau nak suami sayang perutnya yang perlu dijaga. Sibuk macam mana pun, tetap kene jaga perut suami. Sediakan masakan yang sedap-sedap buat suami pasti suami makin sayang. Kalau kena tinggal pasti tak keruan sang suami nanti.

Bercakap soal masakan ini, viral di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni apabila sang isteri menyediakan hidangan yang lain daripada biasanya. Hidangan mee goreng yang dilengkapi dengan udang mahal itu membuatkan sang suami kehairanan.

Udang tersebut berharga RM70 per satu kilogram, selamba sahaja dimasukkan oleh isterinya ke dalam mee goreng. Rupa-rupanya ada sesuatu yang ingin dipinta oleh isterinya.

Bodek suami beli peti ais empat pintu dengan mee udang mahal

Hidangan mee yang dilengkapi dengan udang yang mahal itu adalah salah satu cara untuk membodek suaminya agar membeli peti ais empat pintu. Namun menurut Azrul Amir, selepas mengetahui tujuan isterinya terus hilang seleranya.

mee goreng udang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggapnya satu situasi yang melucukan. Malah ada juga yang berpesan jangan kedekut dengan isteri. Bukan itu sahaja, malah ada juga warganet yang umpama memujuk agar isterinya dapat peti ais tersebut.

Hahaha..

Jangan kedekut dengan bini..

Belikanlah..

Lain macam bodekan para isteri zaman ini ye. Hebat cara yang digunakan. Kalau para suami tak tunaikan hajat isteri tu lagi tak tahu lah. Moga-moga tercapai lah hajat isterinya itu dan semoga sang suami diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Kredit: Azrul Amir Amir Via MATJHN

Baca juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Yang Padu & Menyelerakan, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

tags: | |