Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tapi Kami Tak Nak Berdosa..” Pelanggan Mengadu Sambal Nasi Lemak Berbau Hangit, Peniaga Ini Terus Bertindak Sedemikian.

“Tapi Kami Tak Nak Berdosa..” Pelanggan Mengadu Sambal Nasi Lemak Berbau Hangit, Peniaga Ini Terus Bertindak Sedemikian.

Kategori:
sambal nasi lemak

Dalam perjalanan untuk berjaya dalam dunia perniagaan, ada susah, ada senangnya. Setiap peniaga perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran, bukan sahaja ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Meskipun berat apabila menghadapi kerugian, perkara tersebut perlu ditempuh kerana ia akan membantu mematangkan peniaga dan menambaik perniagaan mereka.

Baru-baru ini seorang peniaga terpaksa membuang sambal nasi lemak yang dimasak kerana telah menerima aduan dari pelanggan. Tindakan tersebut berat, namun perlu dilakukan bagi menjaga kualiti makanannya.

Memang Sayang Tapi Lagi Sayang Kalau Pelanggan Lari.

Di laman TikTok, seorang peniaga gerai nasi lemak, ustazalinljt terpaksa membuang dua periuk besar sambal nasi lemak yang telah ditumis setelah menerima aduan daripada salah seorang pelanggan bahawa ianya berbau hangit.

Setelah menerima aduan tersebut, peniaga itu lekas membuang sambal yang telah ditumis meskipun ia masih lagi boleh digunakan untuk 300 bungkus nasi lemak yang akan dijual esok hari.

@ustazalinljt

SAMBAL BAU HANGIT, BUANG TERUS LA JAWAB NYA. MEMANG SAYANG, TAPI LAGI SAYANG KALAU PELANGGAN LARI.

♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor

@ustazalinljtSAMBAL BAU HANGIT, BUANG TERUS LA JAWAB NYA. MEMANG SAYANG, TAPI LAGI SAYANG KALAU PELANGGAN LARI.♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor

Walaupun kerugian boleh dielakkan, tapi ia boleh memberi kesan pada perniagaannya kerana pelanggan akan mula hilang kepercayaan.

Tambahnya, keesokannya, pelanggan bukan sahaja akan mendapat sambal yang lebih padu, malah 200 bungkus nasi lemak percuma buat mereka.

“Respect Peniaga Macam Ni..”

Di ruangan komen, beberapa warganet meluahkan perasaan kagum dengan tindakan peniaga tersebut dan mendoakan semoga peniaga tersebut sentiasa dimurahkan rezeki dan terus maju.

sambal nasi lemak sambal nasi lemak sambal nasi lemak

Bagus sikap peniaga ini, kan? Jujur dan sedia menerima maklum balas dari pelanggan dengan ikhlas. Walaupun penat, dia sedia bertindak sebegitu kerana ingin memberi yang terbaik pada mereka.

Jangan takut pada kerugian kerana segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika kita jujur dalam perniagaan, mesti rezeki akan dibuka seluas-luasnya.

Kredit: TikTok ustazalinljt

Baca Juga: Terkejut Bila Membeli Makanan, Lelaki Ini Rasa Kagum Dengan Sikap Peniaga Tersebut Yang Tak Takut ‘Rugi’!

tags: | | |