Hari ini kita dapat lihat pelbagai jenis syarikat yang menjalankan perniagaan tong gas. Namun dalam banyak-banyak syarikat pasti ada syarikat yang perkhidmatannya kurang memuaskan.
Seperti mana yang berlaku kepada wanita yang dikenali dengan nama Rini Nazri, di mana dia tidak berpuas hati kerana tong gas berjenama Mira Gas yang ditukarnya selalu tersumbat. Menurutnya masalah itu bukan terjadi kerana kepala gas dia rosak tapi kepala tong gas tersebut yang bermasalah.
Sebelum ini dia hanya menggunakan tong gas keluaran Petron dan Shell, namun semenjak dia berpindah ke rumah lain dia mencuba pula tong gas ini. Berikutan itu, dia memuat naik status berkenaan dan meminta syarikat tong gas berkenaan mengambil tindakan.
Bukan masak tak jadi tapi nak perangat lauk gas pula habis. Bila tukar tong gas lain kepala gas pulak sumbat takleh tekan. Korang ada cadangan apa nak buat. Ini kali kedua saya order tong gas yang sama brand tapi kepala sumbat. Nak kata kepala gas saya rosak, letak dekat kepala tong gas lain boleh pula.
Actually rumah saya ni ada 3 tong gas. Selalu saya akan spare 1 tong gas untuk kecemasan. Ini 2 tong gas dah habis. Bila buka 1 tong gas lain jadi macam ni. Rasa macam tak tahu nak marah ke nak complain dekat company tong ni.
Mohon admin lepasla status saya ni supaya comp tong gas ni tau jaga hati pelanggan. Sebelum ni memang saya guna petron dengan sehll je. Tapi dah saya baru pindah setahun ke rumah yang baru ni. Tak berapa arip lagi nak cari tong gas selain brand ni. Masalah betul bila terdesak malam-malam macam ni tapi gas pula sumbat kepala.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyatakan pernah mengalami masalah yang sama. Malah ada juga yang pernah mengalami masalah kebocoran. Namun ada juga yang memberikan tips agar meletakkan getah tong gas lain di tong gas berkenaan.
Pelbagai petua yang ada dikongsikan oleh warganet. Walaubagaimanapun, tetaplah berhati-hati. Elakkan daripada melakukan yang bukan-bukan walaupun ianya berhasil. Kebocoran tangki gas ini bukanlah sesuatu yang biasa. Mungkin disebabkan kebocoran yang sedikit itu boleh menyesal seumur hidup.
Kredit: Rini Nazri Via MATJHN
Baca juga: Awas! Tong Gas Boleh ‘Meletup’ Jika Simpan Bawah Dapur Memasak Atau Kabinet Bertutup Kedap