Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon terkenal Indonesia ini, Baim Wong. Selain dari berlakon, beliau juga merupakan salah seorang Youtuber Indonesia yang mempunyai pendapatan yang lumayan hasil dari Youtube. Malah dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai beberapa buah restoran yang terkenal.
Hebat sekali orangnya kan? Walaupun dah menjadi pelakon terkenal namun masih juga membuka restoran. Berikut merupakan restoran Baim Wong yang sering dikunjungi oleh warga Indonesia hingga ke saat ini.
Makanan utama di restoran ini adalah bakmi, seperti nama kedainya. Restoran ini mempunyai beberapa buah cawangan di Jakarta dan salah satunya adalah di Bendungan Hilir. Selain menyediakan bakmi, restoran Baim Wong ini juga turut menyediakan geprek, ayam penyet, nasi goreng, kopi dan juga ice unicorn.
Bisnes yang dibangun sejak tahun 2014 ini masih mampu bertahan sehingga kini. Untuk perniagaan ini, Baim Wong berkerjasama dengan peniaga makanan yang terkenal iaitu Johnny Wong. Butter yang dijual oleh Baim Wong ini merupakan olahan yang akan menjadikan masakan lebih sedap dan nikmat. Namun perniagaan butter ini lebih fokus secara atas talian.
Wong Bara merupakan restoran kedai steak yang salah satunya dimiliki oleh Baim Wong. Namun restoran ini adalah kerjasama antara dia dengan Bara Group. Selain steak, restoran ini juga turut menjual makanan laut dengan rempah ratus yang istimewa.
Namun apa yang lebih mengagumkan adalah rekabentuk restoran ini. Dari luar restoran memang kelihatan ianya sangat besar dan tinggi, tempat meletak kenderaan juga sangat luas. Malah kerusi dan meja di restoran ini memilik rekabentuk yang luar biasa.
Seperti artis lain yang banyak menjual kuih muih moden, begitu juga dengan Baim Wong. Balikpapan Premio ini merupakan salah satu restoran miliknya yang menjual pelbagai aneka kuih yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Ianya mempunyai beberapa cawangan iaitu di Damai, Kecamatan Balikpapan Selatan, Kota Balikpapan dan juga Kalimantan Timur.
Selain Balikpapan Premio, Baim Wong juga mempunyai kedai kek. Quinto Gelato Cakes merupakan salah satu kedai yang dibuka bersama isterinya, Paula pada tahun 2019.
Seperti Ruben Onsu dan Raffi Ahmad, Baim Wong dan isterinya juga turut menjalankan perniagaan yang berasaskan ayam goreng tepung. Restoran dibuka di beberapa daerah di Indonesia. Hampir setiap hari restoran berkenaan dikunjungi ramai pelanggan.
Donuthing ini merupakan salah satu perniagaan Baim Wong yang dijalankan pada awal tahun 2020. Ia merupakan kedai donut yang mempunyai pelbagai pilihan topping yang sedap, manis dan juga pedas.
Selain daripada perniagaan makanan di atas, dia juga ada menjalankan perniagaan baju batik yang diberi nama Batik Wong Jogja. Lokasi butik ini terletak di Yogyakarta.
Untuk pengetahuan semua, Baim Wong yang dahulunya dikenal sebagai raja bujang kerana lambat berkahwin berbanding kawan-kawannya kini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan dengan Paula Verhoeven.