Jodoh merupakan rahsia Allah, Kita tidak tahu dengan siapa kita berjodoh dan bagaimana kita bakal bertemu. Terlalu banyak kisah atau cerita menarik, menyedihkan dan menggembirakan berkenaan dengan jodoh ini.
Terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan kanak-kanak lelaki sedang asyik memandang kanak-kanak perempuan. Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan itu menunjukkan budak lelaki berkenaan asyik melihat budak perempuan yang sedang duduk di kerusi.
Apabila budak perempuan yang cantik ini menoleh kembali, terus lengan kanak lelaki hensem berkenaan terus tergelincir. Malah ibu kepada kanak perempuan ini juga sempat menulis caption 20 tahun lagi jumpa balik.
@farahwaniismail Drama spontan di kedai makan. Aduhh terhibur mama 🤣🤣🤣!!! 20tahun lagi jumpa balik ye nak oi 😂
@farahwaniismailDrama spontan di kedai makan. Aduhh terhibur mama 🤣🤣🤣!!! 20tahun lagi jumpa balik ye nak oi 😂
Berikutan drama spontan tersebut, ramai warga TikTok yang terhibur. Malah ada juga yang menganggap ia merupakan satu drama yang sangat comel dan meminta kanak-kanak ini mencari kembali selepas 20 tahun nanti.
Tidak kurang juga ada yang seolah-olah bergurau cemburu dengan kanak-kanak ini yang sudah berjumpa jodoh. Memandangkan ada yang sudah 20 an atau 30 an masih belum bertemu lagi. Kita tunggu sahaja 20 tahun akan datang. Apakah mereka akan berjodoh?
Kredit: TikTok Farahwaniismail
Baca juga: Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support