Roti Gardenia merupakan pilihan nombor satu rakyat Malaysia sehinggakan pada awal Perintah Kawalan Pergerakan Kawalan tahun lepas mereka kehabisan stok. Malah ada juga ramai rakyat Malaysia yang sanggup tidak makan roti apabila roti yang berjenama Gardenia ini habis.
Memang jarang sekali kedengaran masalah yang menimpa pelanggan atau penggemar roti Gardenia ini. Namun terbaharu, ada seorang wanita yang dikenali dengan nama Eyra Syazira telah berkongsi satu kejadian berkenaan dengan roti yang dibelinya.
Roti yang berperisa jagung yang dibeli olehnya itu dimakan oleh anak-anaknya. Namun tidak seperti kebiasaanya kerana kali ini anaknya komplen dan mengatakan roti berkenaan tidak sedap.
Pelik dengar apa yang dikeluarkan oleh anaknya memandangkan sebelum ini okey sahaja. Jadi dia pun cuba buka roti berkenaan dan melihat inti di dalamnya. Memang sangat kelihatan kelainannya.
Salam. Maaf nak bertanya, saya ada beli roti gardenia hari. Tapi anak-anak cakap tak sedap. Sebelum ini depa tak pernah komplen pun. Saya try buka tengok inti dalam. Jadi macam ni, semua muntah balik roti tu.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet mengatakan roti berkenaan mungkin terlalu lama berada di tempat panas. Namun ada juga yang menyarankan agar wanita ini menelefon pihak Roti Gardenia. Sekiranya bernasib baik, mereka akan menggantikan roti berkenaan.
Walaubagaimanapun masih tidak dapat dipastikan apakah punca roti berkenaan menjadi sebegitu dan rasanya tidak seperti yang biasanya. Jadi kita semua tidak boleh salahkan pihak roti Gardenia ya. Moga ada perjelasan daripada pihak mereka.
Kredit: Eyra Syazira Via MATJHN