Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Cara Rawat Kucing Yang Dijangkiti Parvo Dengan Rumput Hijau, Sehari Lepas Makan Terus Nampak Aktif!

Wanita Ini Kongsi Cara Rawat Kucing Yang Dijangkiti Parvo Dengan Rumput Hijau, Sehari Lepas Makan Terus Nampak Aktif!

Kategori: ,
cara rawat kucing yang dijangkiti parvo

Parvo merupakan penyakit berjangkit yang menyerang sistem pencernaan haiwan sepert kucing dan anjing. Parvo adalah penyakit yang berasal dari virus dan cukup bahaya bagi binatang-binatang ini. Setakat ini masih tiada ubat atau pun rawatan yang dikhaskan untuk penyakit Parvo ini.

Namun ada seorang wanita di yang dikenali dengan nama Vee Salim telah berkongsi cara merawat kucing yang dijangkiti Parvo hanya dengan menggunakan rumput hijau. Menurutnya, dia sudah menghabiskan beribu duit bagi merawat anak bulusnya namun akhirnya dia terjumpa satu petua dan mencubanya sendiri.

Cara Merawat Kucing Yang Dijangkiti Parvo

Sekadar berkongsi ilmu..

Minggu lepas, minggu paling teruk bagi saya bila anak2 bulus kena parvo.

Tak tahu punca dari mana. Saya ada lebih kurang 30 ekor termasuk anak kucing bawah 2 bulan umur.

Mula2 mati sekor anak kecik umo sbulan. Lepas c kecik mati tu, yang lain mula monyok, tak nak mkn, mulut berair, najis berlendir.

Pada awalnya tak tahu, lepas tu bawa lah ke vet utk cek up. Dokter kata positif parvo. Masa tu saya lambat asingkan dorg.

Ada 5 ekor yg dah kritikal dan mati pada esok harinya serentak. Saya dah mula bingung, tak tahu nak buat apa. Beribu saya habis utk ubat saja. Vet pun saya pergi.

Orang rekemen vet dan ubat situ sini, saya pergi beli. Yang tinggal pada masa tu, ada lagi 6 ekor tgh struggle lembik 4 hari tak mkn langsung walaupon saya paksa. Air pon saya suap utk tenaga. Saya dah tawakal dan habis ikhtiar.

Cuba google utk cari takut2 ada ubat kampung yg saya boleh cuba. Tiba2 saya jumpa rumput ni kat google. Pastu saya stalk lagi group2 pecinta kucing utk kepastian. Saya fikir nak cuba sebab rumput ni ada kat kawasan saya.

Saya cuba follow resipi dari pengguna facebook yg share. Dah siap air rabusan tu, saya sejukkan dan suap kat anak2 yg hampir nazak.

Saya guna picagari(syringe) pancut sikit2 dlm mulut, dan saya guna tisu juga utk basahkan muka dan bibir anak2 saya yg dah nmpak nazak slepas 3,4 hari tak mkn mnum. YaAllah, kuasa Allah dan kuasa dalam air rumput ni amat menakjubkan.

Tak smpai 15menet lps suap air ni, mata anak2 saya tiba2 jd bulat, nmpak tenaga lain mcam. Yg pelik tu, bgn merangkak gi tempat air dgn sndri. Dorg mula masuk dlam bilik air, dan cari bekas air utk mnum. Saya trus amek mangkok, isi air bersih.

Dorg minum air dgn laju sekali, seolah2 trasa haus sngt2. Saya teruskan suap air rebusan rumput ni dan campurkan dgn gula@glukos. Dlam waktu singkat, lebih kurang stgh hari, saya campurkan air rebusan rumput ni dalam kibble mereka. Dah ckup lembut, saya bagi.

Dorg mkn laju. Esoknya tu trus nmpak aktif. Hanya Allah saja yg tau saya pada masa tu, rasa nak sujud tanda syukur. Kenapa saya tak buat dr awal? Mesti anak saya yg mati tu sempat saya selamatkan. Walaupon rasa terkilan anak da mati 5, tp saya ttp juga rasa gembira, sbb yg lain2 dah sihat penuh ta smpai 4 hari.

Sini saya nak share kan resepi pokok rumput ni, dan kalau nak tau, ini lah rupa rumput helikopter tu.

skrg saya suka masak dgn ayam rebus, saya basuh bersih, masukkan satu pokok trus dlm rebusan ayam mereka. Mereka mkan dgn pkok2 skali.

Utk air rebusan.

Satu cekak pokok penuh skali dgn akar, direbus bersama air dlm 500ml.

Rebus smpai air agak2 kurang dlm 1,2inci dr jari.

Boleh terus suap atau campur begitu saja dlm air mnum anak2.

Kalau anak2 yg dah hampir takde tenaga, bancuhkan satu sudu kecil gula dlm 10-15ml air rebusan. Suap antara 5-10ml dlm syringe. Suap lah brapa kali pun, selang 1-2jam.

Utk wetfood masak sndri.

Masukkan juga secekak pokok penuh dlm rebusan ayam atau apa2 wetfood homemade, sbgai sayur. Rebus sehingga pokok jd lembut dan senang anak2 nak kunyah ( macam dalam gambar yg saya tunjuk)

Boleh juga racik halus2 daun utk tabur mentah dlm wetfood yg dbeli.

Pokok ni takde apa2 kesan sampingan. Boleh diminum/makan atau suap bila2 masa dan tak kira kuantity. Elok utk deman, selsema dan tenaga dorg

Ps/ ini adalah cara saya sndri. Nak buat cara lain pun boleh. Takde apa2 pantang larang. Ini adalah ubat dan suppliment yg paling bagus utk masalah anak2 bulus. Multipurpose org ckp.

Selamat mencuba ya kawan2. Saya ikhlas kongsi utk bantu.

Kalau ada sesiapa yg perlukan pokok ni, boleh dtg ambil kat area kampung saya. Kampung kondok, nilai negeri sembilan.

Saya tak jual, saya bg je. Ambil lah bnyk2 pun tak apa.

Terima kasih.

Mungkin bagi anda yang buntu atau sedang mencari-cari cara hendak merawat kucing yang dijangkiti Parco, bolehlah guna cara yang dikongsikan oleh wanita ini. Ini adalah rawatan tradisional, kita ikhtiar yang sebaiknya dan selebihnya serahkan pada Tuhan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Vee Salim Via Group Pencinta Kucing

Baca juga: Cara Mudah Rawat Mata Kucing Yang Berair Dengan Menggunakan Bahan Yang Ada Di Dapur Je. Jimat Kos Dan Cepat Sembuh!

 

tags: | |